Penyerang Real Madrid, Karim Benzema membuka gol kedua menentang Real Sociedad dalam aksi La Liga malam tadi.

MADRID – Real Madrid berjaya melonjak ke tangga teratas carta La Liga malam tadi selepas menjinakkan Real Sociedad.

Dalam aksi Lia Liga Sepanyol semalam, skuad Zinedine Zidane berkongsi mata yang sama dengan Barcelona yang terikat seri tanpa jaringan bersama Sevilla pada Jumaat lepas.

Namun selepas merekodkan kemenangan ke atas Real Sociedad semalam, Los Blancos merampas kedudukan teratas liga yang dihuni the Catalans selama ini.

Gol hasil sepakan penalti Sergio Ramos membuka jaringan pada minit ke-50 selepas kedua-dau pasukan terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Sebelum itu, penyerang Sociedad Adnan Januzaj menganggap dia telah berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Namun gol itu tidak diterima pengadil perlawanan kerana Mikel Merino didakwa berdiri pada kedudukan offside

Malah Merino juga didakwa telah menghalang penglihatan penjaga gol Madrid Thibaut Courtois.

Dengan gol pertama itu, Real mempamerkan aksi bertenaga sebelum berjaya membuka gol kedua 20 minit kemudian pada minit ke-70 menerusi Karim Benzema yang merembat masuk hantaran Federico Valverde ke gawang gol lawan.

Gol saguhati Sociedad hadir menerusi Mikel Merino pada minit ke-83 sebelum keputusan muktamad 2-1 memihak Real Madrid.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast