Andy Murray akan kembali ke gelanggang tenis dalam Terbuka AS 31 Ogos ini.

LONDON – Bekas jaguh tenis nombor satu dunia dari Britain, Andy Murray mengesahkan akan beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Perancis akhir tahun ini.

Pemain itu menegaskan Grand Slam lebih selamat pada waktu pencegahan Covid-19 yang memasuki gelombang kedua.

Dia telah mengalami kecederaan pelvis sebelum ini dan mahu beraksi dalam kejohanan pertamanya pada majlis pameran British minggu ini selepas berehat tujuh bulan atas alasan perubatan.

Tenis Terbuka AS akan membuka tirai bermula 31 Ogos ini dan Terbuka Perancis akan menyusul 27 September ini.

“Keutamaan saya kali ini adalah hanya beraksi dalam Grand Slam.

“Saya rasa jadual kejohanan sangat susah dan saya faham kenapa sedemikian.Malah saya tak tahu kejohanan mana sebenarnya akan mampu atau tidak mampu beraksi yang boleh membawa kepada Grand Slam,” katanya.

Murray tidak turun ke gelanggang tenis sejak selepas Piala Davis pada November tahun lalu disebabkan masalah kesihatan.

Bagaimanapun pada Februari lalu dia memberi keyakinan boleh kembali dalam Jelajah Terbuka Miami pada Mac lalu tetapi dia mungkin memerlukan pembedahan susulan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast