Gopal Sri Ram.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Gopal Sri Ram sepatutnya meletakkan jawatan segera sebagai Pendakwa Raya Kanan kerana beliau dilantik oleh Tan Sri Tommy Thomas.

Lagipun, Tommy sudah pun melepaskan jawatannya, maka daripada segi moral Sri Ram juga perlu berbuat demikian.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, memandangkan Tommy dilantik sebagai Peguam Negara oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan bukannya lantikan ‘negara’, justeru Sri Ram perlu melepaskan jawatan tersebut.

Puad mendakwa Sri Ram adalah jentera konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengarahkan supaya Datuk Seri Najib Razak dikenakan tindakan ketika menjadi Perdana Menteri.

Artikel berkaitan:Bekas peguam negara dedah dikunjungi Gopal Sri Ram suruh tangkap Najib

Bukti sudah ada, Gopal Sri Ram mesti disiasat

Gopal Sri Ram tutup mulut, enggan jawab dakwaan Apandi

Perkara itu sudah pun didedahkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sekali gus telah menjatuhkan kredibiliti Sri Ram.

”Kalau dia enggan, mohon Peguam Negara Tan Idrus Harun pecat dan siasat Gopal,” katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.