Gambar hiasan

TOKYO – Niaga hadapan minyak turun dalam dagangan hari ini, meneruskan kerugian dari hari sebelumnya disebabkan pertambahan stok minyak mentah Amerika Syarikat melebihi jangkaan.

Peningkatan bekalan itu menimbulkan kebimbangan tentang lebihan bekalan walaupun stok terus merosot.

Minyak mentah Brent turun AS$0.02 kepada AS$ 42.61 setong pada 0045 GMT, sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun AS$0.04 atau 0.1%, kepada AS$ 40.33 setong.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat meningkat lebih tinggi daripada jangkaan 1.7 juta tong minggu lalu, menurut Institut Petroleum Amerika (API), jauh daripada jangkaan awal penganalisis untuk kenaikan 300,000 tong.

Walau bagaimanapun, inventori gas dan bahan api daripada hasil penyulingan minyak Amerika Syarikat jatuh, sekali gus memberi keyakinan bahawa penggunaan bahan bakar meningkat kerana beberapa ekonomi sudah melonggarkan sekatan pergerakan yang dilaksanakan bagi menangani pandemik koronavirus. – MalaysiaGazette