KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menjelaskan penulisannya bertajuk “Jijik dan biadab permainan DAP” adalah untuk menjelaskan kepada Hannah Yeoh, isu perkahwinan bawah umur yang dibangkitkan Ahli Parlimen Segambut itu sangat sensitif dan rumit.
Tegas anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu, adalah tidak rasional isu berkenaan dikaitkan dengan personaliti atau parti yang dianggotai Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Justeru, beliau nampak isu itu seolah sengaja dikaitkan dengan Pas kerana Siti Zailah yang merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang adalah pemimpin muslimat parti itu.
“Saya telah menerima notis tuntutan dari Hannah melalui peguamnya Ram Caroline Sha & Syah yang mengatakan artikel saya itu adalah fitnah terhadapnya.
“Saya menafikan dakwaan beliau dan akan menjawab beberapa tuduhannya terhadap saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Dr. Najmil Faiz, beliau tidak membuat tuduhan melampau terhadap Hannah, sebaliknya ciapan di Twitter Ahli Parlimen itu yang mempertikaikan kemampuan Siti Zailah dari Pas, bermotif politik dan merendahkan kemampuannya sebagai timbalan menteri.
Katanya, beliau juga tidak menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dan ada menyimpan semua bukti respon kepada ciapan Hannah di Twitter yang telah menimbulkan perbalahan antara orang Muslim dan non-Muslim berkenaan isu perkahwinan bawah umur.
“Kenyataan beliau boleh dibaca dari portal Malaysiakini yang bertajuk, “Hannah Yeoh: Timbalan menteri wanita sokong kahwin bawah umur”. Di sini siapa yang cuba memburukkan kepimpinan Islam?
“Lebih menyedihkan, ada juga pengguna Twitter menghina dan mengecam Islam serta parti Pas kerana isu perkahwinan bawah umur ini.
“Saya juga telah mendapatkan nasihat peguam untuk menjawab surat tuntutan tersebut serta mempertimbangkan tindakan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette
Ramai yakin polis punyai kepakaran untuk menyiasat!
Pastikan mereka yang menghina Islam, dengan sengaja atau tidak, dengan niat yang berselindung dihadapkan kemahkamah!
Saman balik pastikan mk diseret sama. Kan AG dah buka siasatan ke ats MK kerana contemp of court , jd banyakkan kes katas MK sekali. Mayb can add HY konspirasi dgn ML utk sosial unrest.. bukti ada dah, akta dah ada dah.. cuma berani charge ke tak ..