Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. foto SYAFIQ AMBAK, 06 MAC 2020.

PULAU PINANG – Masa bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengajar kami untuk mengelak daripada terjatuh ke dalam lubang yang sama banyak kali, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Walau bagaimanapun, Saifuddin juga tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kerjasama dengan Dr. Mahathir atau mana-mana pihak pada masa akan datang bagi mencukupkan Ahli Parlimen dalam pembentukan kerajaan.

Ketika menerima wawancara Kwong Wah Yit Poh, Saifuddin berkata, dalam mesyuarat bersama Dr. Mahathir dan Warisan di ibu pejabat PKR pada awal bulan ini, Dr. Mahathir mengakui bahawa beliau tidak menyerah kuasa kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim berasal dari parti multirasial.

“Dr. Mahathir berpendapat seseorang harus memenuhi dua syarat untuk menjadi PM. Pertama, dia harus orang Melayu dan kedua, berasal dari parti Melayu. Pandangan ini telah tersimpan dalam genetik beliau.

“Inilah sebab Dr. Mahathir enggan menyerah kuasa kepada Anwar dan sebab PKR tidak menyokong Dr. Mahathir menjadi PM sekali lagi,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.

Saifuddin berkata, beliau sedar bahawa ramai penyokong PKR resah dan berharap parti segera memegang semula kuasa pentadbiran melalui rundingan dengan parti lain.

“Saya faham keresahan penyokong kami dan secara umumnya ada dua suara. Selain mahu Pakatan Harapan (PH) dapat berkuasa semula, ada juga yang berpendapat biarlah kerajaan yang dibentuk itu kukuh dan stabil dengan kerusi yang mencukupi,” katanya.

Beliau menasihatkan para penyokong PKR agar bersabar kerana proses pemulihan kuasa daripada Perikatan Nasional perlu dijalankan secara berhati-hati.

Mengenai kerjasama dengan Dr. Mahathir, Saifuddin berkata ia memerlukan masa sambil mengungkapkan perlu mengelak pisang berbuah dua kali dan mengelak jatuh ke lubang yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Di Malaysia ini tak sepertimana negara lain. Asal usulnya Allah dah letakkan ini tempat Negara Bagi Orang Melayu. Kolonial Kapir Laknat Baratlah yang membentuknya menjadi pendatang cina dan india terlalu ramai hari ini dan lemah cangut cuai terlalu baik sesangat. Nasi dah jadi bubur dan bubur dah jadi…… terpaksa ditelan jugalah apa yang terjadi
    sekarang ini. Orang Melayu terus dihimpit ditekan dari kiri dan kanan lepas itu yang diatas pula sambil lewa perhatian. Sekarang inilah masanya Yang Diatas Mesti Lipat Gandakan Jihat Dalam Semua Bidang Khas Untuk Orang Melayu kita dan usah pedulikan orang kiri kanan. Mereka dah bersatu setelah PRU 14 yang lalu. PN perlu Utuh Kukuh Tegap Berdiri Unggul.

Comments are closed.