KUALA LUMPUR – Pelakon, Lisdawati memohon doa agar dia dan keluarga daripada fitnah di dunia.
Menerusi Instagram miliknya, Lisda menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah. Kepadamu Ya Allah aku berserah jiwa dan raga. Kerana ajal menanti tak tahu bila.
“Jauhkan aku dan keluargaku dari fitnah dunia,” tulisnya.
Ketika ini, suami Lisda yang juga pelakon, Fauzi Nawawi berdepan ujian selepas penyebaran video aksi onani yang didakwa mirip pelakon itu sejak Isnin lalu.
Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik beserta gambar bersama Fauzi, Lisda menyeru kepada semua untuk bertaubat.
“Sebagai hambanya kita bertaubat kepada Allah SWT, bukan mencari dosa silam manusia lalu disebarkan.
“Andai aku mati esok hari, aku minta maaf segala kesalahanku, kekhilafanku, kerana sebagai manusia aku pendosa yang tak lepas buat salah.
“Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita semua,” katanya.
Lisda dan Fauzi kini terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya.
Pagi tadi, Fauzi selesai membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras berhubung penyebaran video tidak senonoh. – MalaysiaGazette
Hahaha…ada benda disebarkan jd fitnah… ada juga benda yg tersebar benda betul…cuma mengaibkan saja lah…sapa dah tengok video tu tau la fitnah ke atau memang betul dia