Foto Agensi

LONDON – Liverpool kini hanya selangkag meraikan kejayaan muncul juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun selepas membelasah Crystal Palace 4-0 dalam aksi tertutup di Anfield, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp akan ditabalkan sebagai juara jika Manchester City gagal menewaskan Chelsea awal pagi esok atau mencatat keputusan seri apabila mereka bertemu City pada 2 Julai depan.

Tuan rumah ketika ini berkelebihan 23 mata di tangga teratas liga selepas Trent Alexander-Arnold, Mohamed Salah, Fabinho dan Sadio Mane masing-masing meledak satu gol buat The Reds.
Namun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sedikit terkilan jika kemenangan itu tidak dapat dirasai oleh penonton yang hadir untuk menjulang kejayaan.

“Pemain saya tetap bermain seperti semua orang ada di stadium,” katanya.

Sebelum sepak mula, lagu rasmi Liverpool, ‘You’ll Never Walk Alone’ tetap berkumandang sebagai pembakar semangat buat pemain cuma bezanya ia tidak dinyanyikan lebih 55,000 penyokong setia The Reds. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast