TERKINI : 6 Kes Baharu Covid19, 3 Kluster Baharu Yang Dikesan – Dr. Noor Hisham

Kes positif baharu jangkitan Covid-19 kekal turun dua angka dengan enam kes sahaja direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan enam kes itu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang lagi bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,596 kes. “Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 244 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast