Kes jangkitan Covid-19 di negara ini dijangka mencatatkan pencapaian sifar sekitar pertengahan Julai depan.
“Selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita tidak mencatatkan peningkatan kes mendadak dan jumlah kes baharu masih terkawal, bererti kepatuhan rakyat sangat tinggi.
“Jumlah kes baharu juga semakin berkurangan dengan beberapa kali mencatatkan satu angka dalam sehari dan mungkin dalam sebulan lagi, jika rakyat patuh SOP dan nasihat KKM, kita akan berjaya capai sifar kes baharu.
“Tindakan untuk kita berjaya capai sifar kes COVID-19 ketika ini bukan pada KKM, sebaliknya bergantung sama ada rakyat patuh SOP atau tidak,” katanya pada sidang media Covid-19 di sini, di kementerainnya di sini hari ini.