Barisan ahli MPPN yang baharu dilantik.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melantik 12 Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) bagi sesi 2020-2021 yang menerima surat pelantikan daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa Mesyuarat Pra-Majlis (Pre-Council) MPPN di Wisma Tani Putrajaya, pada hari ini.

Mereka terdiri 10 ahli tetap dan 2 Ahli Bersama sebagaimana
yang berikut:
1. Tengku Laksamana Perlis Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Ahli Tetap)
2. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah (Ahli Tetap)
3. Prof. Datin Paduka Fatima Mohamed Arshad (Ahli Tetap)
4. Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang (Ahli Tetap)
5. Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (Ahli Tetap)
6. Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin (Ahli Tetap)
7. Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff (Ahli Tetap
8. Prof. Dr. Suhaimi Napis (Ahli Tetap)
9. Prof Dr. Sivamurugan Pandian (Ahli Tetap)
10. Prof. Dr. M Niaz Asadullah (Ahli Tetap)
11. Dr. Yasmin B.H. Ooi (Ahli Bersama)
12. Datuk Raghu Loganathan Pillai (Ahli Bersama)

MPPN ini bertindak sebagai badan penasihat tertinggi kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti isu-isu berkaitan sekuriti makanan dan sektor pertanian dan industri makanan, langkah-langkah intervensi yang sesuai serta mencadangkan hala tuju baharu sektor pertanian dan industri makanan mengikut perkembangan dan keperluan semasa secara menyeluruh dan holistik.

Majlis ini juga akan bertindak sebagai pelengkap kepada strategi-strategi yang didukung oleh Kementerian agar lebih efisien dan produktif.

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan MPPN, beberapa pendekatan baharu akan diperkenalkan.

Antara lain, Menteri Pertanian dan Industri Makanan sendiri akan mempengerusikan majlis ini untuk terlibat secara
langsung bersama pakar-pakar dan pemain-pemain dalam sektor pertanian danindustri makanan untuk membawa perubahan dasar yang akan memanfaatkan golongan petani, nelayan dan penternak serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang akan dapat meningkatkan hasil pendapatan negara secara keseluruhannya.

Pertanian dan Industri Makanan berkata, nama Majlis ini juga akan dipinda sebagai “Majlis Penasihat Pertanian dan Industri Makanan Negara” berdasarkan kepada skop baharu kementerian yang turut merangkumi industri makanan. Pada masa yang sama, jalinan kerjasama strategik juga akan diadakan secara berterusan bersama-sama dengan semua pihak-pihak berkepentingan dalam meneroka cadangan serta idea-idea yang berpotensi tinggi untuk memajukan lagi sektor ini.

Ahli-Ahli MPPN juga akan mengadakan sesi libat urus mengikut sektor termasuk mengadakan persidangan video dan Perbincangan Kumpulan Fokus bagi mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak yang berhubungan dengan skop Majlis ini dengan kerjasama Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan serta Kumpulan Pemikir (Think Tank).

MPPN juga diharap dapat menyumbang dalam memacu sektor pertanian dan industri makanan menerusi idea-idea yang inovatif dan kreatif serta pragmatik bagi mencapai matlamat yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) nanti. – MalaysiaGazette