KUALA LUMPUR – Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim mengajak Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama-sama dalam saf kepimpinan Perikatan Nasional (PN), bukannya cepat melatah menggesa kerajaan membubarkan Parlimen sebagaimana dilakukan Singapura.
Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu menegaskan, faktor Singapura tidak sama seperti Malaysia yang menitikberatkan keutamaan negara, kewilayahan, capaian dan ekonomi.
Katanya, semua faktor itu jauh berbeza antara Malaysia dengan Singapura, dan kerajaan tidak perlu mengikuti apa yang dilakukan kerajaan negara jiran, terutama pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
“Takkan terus nak ikut Singapura dalam perjuangan Malaysia adinda Tok Mat. Faktor keutamaan negara, kewilayahan, capaian, “keDi-rajaan”, ekonomi dan lain-lain berbeza langsung.
“Bersamalah dalam saf PN. Muafakat baik-baik, biar kuasa sama digenggam. Jangan lupa siapa kita sebelum ini,” katanya menerusi ciapan Twitternya.
Beliau menjawab kenyataan Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat, menyarankan kerajaan PN membubarkan Parlimen tanpa berlengah sebagaimana yang dilakukan oleh negara jiran Singapura.
Katanya, Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong telah membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai 2020 bagi memastikan kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.
“Dalam konteks negara kita, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah,” kata Tok Mat dalam kenyataannya, semalam. – MalaysiaGazette
Silalang tua ni ada hati nk nasihat orang , konon siapa kita sebelum ini ..nk tanya juga siapa ko sebelum ni , ampusana ampusini kulum sana kulum sini ..rasa tk layak pun ko nak nasihat , lagi pun itu pandangan Tok Mat kena hormati pandangan orang , rasa tk sampai kut nk tanya siapa kita sebelum ini..
M asri musa.. jgn marah dia. Dia pun mangsa Tun jugak mcm rakyat lain. Nasihat dia kat tok mat ada betulnya. Tok mat overconfident kot yg jika PRU sekali lg, wakil umno yg akan jd PM. Dia lupa gomen BN dulu out psl pm dr umno laa yg buat tahik
Dalam keadaan semasa lebih lojik dibubarkan parlimen. Majoriti pihak PN amat tipis, kalau PH naik pun majoriti pun akan tipis juga. Biar rakyat yg tentukan semuka hala tuju negara.Namun pergolakan yg sedang berlaku adalah angkara Tun M yg letak jawatan PM dan ini memberi jalan kpd pembentukan PN dgn TSMY sbg PM. Tiada kesalahan apa pun di sini, PH hilang majoriti bila Bersatu keluar gabungan. Ini demokrasi, lu suka lu ikut, lu tak suka lu blah. Di mananya kerajaan pintu belakang atau tebuk atap yg digembar gemburkan oleh pihak PH? Agong dah lantik secara resmi TSMY sbg PM maka sahlah jawatan tu, ikut perlembagaan dan tak boleh dipertikaikan, nak pertikai kena seret Agong masuk mahkamah ler, KAU SANGGUP??????KALAU TAK SANGGUP, DUDUK DIAM2 HINGGA PRU15….ADA FAHAM?
UMNO DAH MULA OVER CONFIDENT..ITU YANG BAHAYA…MUAFAKAT DGN PAS BAGUS..TAMBAH KEKUATAN MELAYU..TAPI REALITINYA KENA AKUR..SETAKAT KERUSI MAJORITY MELAYU..KEMANA NAK CAPAI..ITU PUN BELUM TENTU SEMUA….BANYAK KERUSI2 MELAYU AKAN KE PKR…BERSATU SEBAGAI CONTOH….TERLBIH CONFIDENT MAKAN DIRI….AMBIL CONTOH PRESTASI PRK UTK KAYU UKUR PRU…ITU SILAP…PRU CALON BERJUANG SORANG DIRI….PRK HABIS SEGALA BALA PEMIMPIN KANAN TURUN KEMPEN…JGN TERLEBIH YAKIN TOK MAT…PARAH..SEJARAH X PERNAH DUSTA
Tak perlu nk nasihatlah wahai si rais, kau tu lalang, lemah apabila ditiup angin..xde org nk dgr pn nasigat kau…1 sen pn xde nilai nasihat kau tu..
Kalau pandangan saya baik dibubarkan sebab kestabilan politik masa kini meruncingkan ekoran PH memperlekeh majoriti PN dan terus menerus menganggu gugat kerajaan yang ada dengan matlamat mahu merampas tampuk kerajaan. Senario ini tidak baik buat ekonomi dan kesejahteraan negara kerana pelabur takut melabur di Malaysia susulan kestabilan politik yg dilihat terumbang ambing. Jadi untuk mencari tampuk kerajaan yg kukuh adalah dengan mengadakan PRU15 bagi rakyat memilih, kerana apa yg berlaku masa kini ada lah pilihan ahli parlimen (MP) bukan nya rakyat. Pandangan dan cadangan Tok Mat itu saya setuju 100%. Bab kata kata Rais siapa kita sebelum ini saya anggap sebagai mengeciwakan kerana beliau sendiri tidak sedar dari mana asalnya dan kedudukan nya dalam parti asik berpindah rendah… mencerminkan dia tidak layak menasihati To mat.
Bubar jer..
Pengkhianat ni sapa.nk nasihatkan Tok Mad Hassan..kau cermin sikit diri kau tu org yg xda pendirian hidup cuma menangguk di air keroh…semak la org mcm ni
Si tua katak lompat dan tak sedar diri. Baru dilantik senator dah nak nasihat orang lain pulak. Aduhai…. bebalnya.
Saudara MNS, saya pula pendapat xyah bubar. Ini semua provokasi PH semata2. Yg dok canang dakyah gomen skang tak stabil, PH ja. Realitinya gomen berjalan lancar. Jika bubar, yg paling untung ialah PH la. Rakyat pun tak da untung apa apa jika buat segera PRU15. Apa kurangnya prestasi PN skang ni kpd rakyat? Takda kurang apa apa. Kita lg untung jika PN kekal lagi skang. Jika bubar, PH melompat seronok laaa sbb depa xda peluang lgsg skang ni nak jatuhkan PN. Tun pun xda majoriti, Bang Non pun xda majoriti. Bahkan gabung kedua depa pun, masih xdapat majoriti sbb Sarawak tak mau depa dua. Jd, kita rakyat jgn termakan provokasi PH. Sbb yg rugi kelak kita rakyat.
Bubar parlimen dan teruskan dengan PRU 15. Biaq rakyat menentukan nya.
Bagi aku dalam keadaan sekarang x perlulah UMNO nak sibuk hal yang x menguntungkan rakyat. UMNO dah nampak mcm puak2 PH bila sibuk nak bubarkan parlimen. Baik2 rakyat kebanyakkan dah mula sukakan UMNO balik jangan sampai rakyat meluat balik. UMNO sebagai abang besar patutnya teruskan membela rakyat tunjukkan sikap prihaatin dan matang.