Mikel Arteta

LONDON – Pengurus Arsenal masih menaruh harapan tinggi bahawa anak buahnya akan mara ke kempen liga Eropah musim depan.

Keyakinan itu diluahkan Mikel Arteta selepas the Gunners menang 2-0 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Dalam dua perlawanan sebelum ini the Gunners kalah kepada Manchester City dan Brighton.

Kemenangan awal pagi tadi menyaksikan Arsenal melonjak ke tangga ke sembilan dalam carta EPL.

Peluang untuk mara ke pusingan Liga Juara-Juara Eropah adalah sangat tipis namun peluang pasukan itu cerah untuk beraksi dalam Liga Eropah memandangkan Manchester City didenda ekoran penggantungan akibat perlanggaran peraturan keadilan kewangan (FFP).

Ia membuka pintu luas untuk Arsenal mengesahkan tiket ke Liga Eropah secara automatik.

“Saya sentiasa positif, kita ada masa yang secukup dan perlawanan dalam kalender EPL.

“Kita ada empat perlawanan di tempat lawan yang berpeluang menang mata penuh disamping memerlukan pemain segera pulih dari kecederaan untuk menguatkan jentera,” katanya.-MalaysiaGazette