JAKARTA- Indonesia merekodkan 1,385 kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 52,812.
Menurut jurucakap pihak berkuasa Indonesia, Achmad Yurianto, sejumlah 37 kematian direkodkan dalam tempoh semalaman menjadikan keseluruhan korban adalah 2,720.
“Jumlah keseluruhan kes adalah 52,812 kes manakala 13,522 pesakit masih dipantau,” katanya dalam taklimat harian hari ini.
Jawa Timur merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 813 kes diikuti Jakarta (624), Kalimantan Selatan (178) dan Jawa Barat (175) manakala bakinya adalah wilayah lain-lain.
Jawa Timur merekodkan kes tertinggi positif sebanyak 11,178 kes diikuti Jakarta (10,995), Sulawesi Selatan (4615) dan bakinya wilayah lain-lain. – Agensi