“Berhati hati dengan seseorang yang telanjang tetapi menawarkan bajunya kepada kamu.”
Apa yang ada dengan Tun Dr Mahathir sehingga dia menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Warisan?
Umur 94 tahun.
Diberi rezeki menyandang jawatan Perdana Menteri ke-7 atas ehsan DAP, PKR, Amanah dan Warisan.
Selepas 22 bulan beliau letak jawatan.
Kemudian tuduh Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai pengkhianat.
Kononnya, Muhyddin bergabung dengan UMNO, Pas, MCA, MIC dan sebilangan Wakil Rakyat Sabah dan Sarawak.
Apa tujuan Dr Mahathir menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Shafie (Presiden WARISAN)?
- Hanya dengan lima atau enam Ahli Parlimen (MP), dia boleh cakap DAP dan Amanah setuju untuk melantik Shafie sebagai calon Perdana Menteri.
- DAP dan Amanah baharu buat kenyataan bahawa calon Perdana Menteri baru dibincang secara tidak rasmi dan memerlukan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk meneliti.
- Kalau Dr Mahathir tidak dapat jadi Perdana Menteri untuk kali ketiga, beliau tidak mahu Datuk Sri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
Sama-sama putih tulang, asalkan Datuk Mukriz Tun Mahathir jadi Perdana Menteri (bukan Shafie; sebelum PRU15, yes! he..he..
selepas PRU kalau ada rezeki, Datuk Mukriz..yes..he..he…).
- Tun Mahathir tidak mahu bekerjasama dengan Anwar dan PKR dalam
Pakatan Harapan.
Siapa khianat siapa?
Dalam PRU 14, Bersatu, DAP, Amanah dan PKR tanding atas tiket PKR.
Apabila menang, Dr Mahathir dilantik jadi Perdana Menteri dengan syarat akan digantikan oleh Anwar.
Bila sudah berkuasa, Dr Mahathir bilang Anwar kena tunggu kerana beliau tidak boleh lantik sembarangan.
Perlu sokong Ahli Parlimen.
Sekarang dia calonkan pula Shafie.
Macam mana dengan sokongan Ahli Parlimen nanti?
Mahukah DAP dan Amanah diperbodohkan oleh Dr Mahathir sekali lagi?
Bagaimana pula Anwar dan PKR?
Mereka tidak akan sokong cadangan Tun Mahathir.
Kalau Dr Mahathir perkudakan DAP, Amanah dan Warisan, di mana kedudukan Anwar dan PKR?
Apakah PKR akan berjuang bersendirian tanpa DAP, Amanah, Dr Mahathir and the geng dan Warisan?
Siapa lagi akan percaya dengan PAKATAN HARAPAN?
Langkah terbaik bagi Anwar dan PKR adalah memperjuangankan REFORMASI dengan stand alone (bertanding atas PKR sahaja).
Rakyat mungkin bisa memberi peluang kepada Anwar dan PKR tapi tidak kepada Dr Mahathir.
DAP, Amanah dan Warisan akan terkubur tanpa Anwar dan PKR.
Apa sudah jadi kepada DR Mahathir?
Masih waraskah pemikiran beliau?
Dari tindakan beliau, semuanya nampak seperti tindakan seorang yang sudah nyanyuk (lali atau senile).
Betapa tidak:
Dapat jawatan Perdana Menteri, dia letak jawatan.
Apabila YDPA guna budi bicara Perlembagaan Malaysia dan lantik Muhyddin, dia bilang Muhyddin pengkhianat kerana tubuh kerajaan pintu belakang.
Dr Mahathir singkirkan Anwar dan PKR, bukan khianatkah? Terkini,
Ketidak-warasan Dr Mahathir begitu nyata apabila dia bilang PAKATAN HARAPAN sudah setuju mencalonkan DS Shafie sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA.
DAP dan Amanah buat kenyataan BELUM DIBINCANGKAN DALAM MAJLIS KEPIMPINAN TINGGI PAKATAN HARAPAN.
Dulu Dr Mahathir dihormati kerana dia berkuasa penuh di dalam zaman Kerajaan Barisan Nasional.
Dia boleh bodohkan orang Sabah dengan giliran 2 tahun Ketua Menteri
Sabah.
Dia boleh bagi IC dengan projek IC kepada PTI.
Sekarang dia mahu anak dia, Mukriz meneruskan legasi dia.
Dia ingat orang Melayu masih bagi dia kepercayaan?
Dia fikir orang Sabah akan terus bodoh dengan cadangan impian dia.
Dia ingat DAP, Amanah dan Warisan itu BODOH dan senang diperbodohkan.
Dia fikir Anwar Ibrahim dan PKR sudah nyanyuk macam dia.
Kalau Dr Mahathir tawarkan baju dia ketika dia telanjang, apakah rakyat sanggup diperbodohkan?
Fikir fikirkan lah….
Abdul Jalil Abdul Ghani, Pemerhati Politik dan Pembaca MalaysiaGazette
Padu tuan ..memang org itu karektor dia . Tk lama lagi jadi sayor lah org itu , diri dia sendiri pun mungkin dia akan berkelahi ..