Robben memulakan kariernya apabila mula beraksi di FC Groningen selama dua musim sejak 2000.

LONDON – Arjen Robben membuat keputusan berani apabila keluar daripada persaraan untuk membuat kemunculan penuh emosi kembali ke kelab pertama iaitu FC Groningen, lapor The Sun.

Bekas pemain Chelsea itu bersara musim panas lalu selepas 10 musim beraksi bersama Bayern Munich.

Namun bekas pemain antarabangsa Belanda itu menerusi video di Twitter membuat kejutan untuk kembali ke kelab zaman remajanya.

Robben memulakan kariernya apabila beraksi dengan FC Groningen selama dua musim sejak tahun 2000 sebelum menyertai kelab gergasi Belanda, PSV Eindhoven.

“Saya berumur 12 tahun ketika mula bermain di akademi remaja FC Groningen. Saya membuat aksi pertama di kelab dengan menentang Feyenoord ketika berusia 16 tahun.

“Selepas dua tahun saya membuat pertukaran ke PSV Eindhoven. Selepas pengembaraan yang indah selama 18 tahun, saya pulang ke kelab semasa krisis melanda FC Groningen.

“Senang melihat bagaimana semua orang menyokong kelab ini. Ini membuat saya berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan untuk kelab ini.

“Saya mahu kembali sebagai pemain bola sepak pemain FC Groningen,” katanya dalam video itu penuh ceria.

FC Groningen musim ini beraksi dalam Liga Eredivisie Belanda dan menduduki tempat kesembilan liga. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast