Seorang petugas SPR memasang poster di pintu masuk bilik undi awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 Chini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Polis Chini, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 29 JUN 2020.

CHINI – Setiap pengundi awal akan diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung serta menggunakan pencuci pembasmi kuman sebelum dibenarkan mengundi esok.

Itu antara Prosedur Operasi Standard (SOP) Yang dikenakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap 18 pengundi awal yang akan mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Selain itu, pengundi akan diwajibkan menjalani saringan suhu sebelum dibenarkan memasuki pusat mengundi dan diberikan kertas undi awal.

Malah SPR menyediakan khemah khas bagi mana-mana pengundi awal yang didapati demam dan mengalami sebagai gejala Covid-19.

Pusat mengundi akan dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 12 tengahari.

Ia hanya melibatkan satu peti undi dan satu saluran sahaja.

Sebahagaian petugas melakukan persiapan undi awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 Chini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Polis Chini, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 29 JUN 2020.

SPR hari ini melakukan proses persiapan terakhir proses pembuangan undi awal yang melibatkan anggota polis di Balai Polis Chini.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi manakala calon PKR, Mohamad Razali Ithnain mendapat 1,065 undi.

PRK DUN Chini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dan dua calon bebas, iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast