Liverpool berisiko beraksi disekat dari beraksi di Anfield untu baki perlawanan EPL sekiranya penyokongnya msih ingkar SOP Covid-19 dan berparti liar beramai-ramai di atas jalan.

LONDON – Liverpool berdepan risiko penggantungan daripada beraksi baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield selepas ini.

Tindakan itu dipertimbangkan oleh Liga Perdana sekiranya para penyokong liar kelab itu ingkar arahan pematuhan kawalan wabak Covid-19 dengan turun beramai-ramai di atas jalan serta berparti liar selepas itu.

The Reds bersama dengan polis Merseyside, Majlis Bandaraya Liverpool dan Datuk Bandar, Joe Anderson mengecam sikap tidak sopan penyokong kelab itu apabila ribuan berkumpul di atas jalan untuk meraikan kemenangan gelaran Liga Perdana Inggeris oleh Liverpool tanpa penjarakan sosial.

Menurut laporan terbaharu di Liverpool, Sijil Keselamatan Stadium yang dikeluarkan pihak berkuasa berkemungkinan akan ditarik balik oleh Pasukan Penasihat Keselamatan Lapangan sekiranya parti liar oleh penyokong Liverpool terus melanggar peraturan yang dikuatkuasakan.

Liverpool akan menerima kunjungan pasukan lawan dalam tiga aksi di Anfield iaitu Aston Villa pada Ahad ini sebelum kunjungan Burnley dan Chelsea.

EPL bercadang untuk menyerahkan piala selepas perlawanan Liverpool dengan Chelsea di Anfield.

Bagaimanapun situasi semasa yang dicetuskan oleh Covid-19 memaksa skuad yang diketuai Jordan Henderson menjulanhg piala di stadium berkecuali sekiranya penyokong liar Liverpool terus ingkar arahan.

Dalam kejadian pada 26 dan 27 Jun lalu, ribuan penyokong liar Liverpool turun berparti liar atas jalan di pusat bandar raya sehingga merosakkan harta benda, mengganas dan mendatangkan kecederaan awam.- MalaysiaGazette