Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) memberi jaminan kepada semua pemegang polisi bahawa darurat di seluruh negara yang dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos tidak akan memberi impak kepada obligasi kontrak polisi insurans hayat.- Gambar hiasan.

JAKARTA- Rakyat Indonesia menunjukkan minat terhadap insurans bagi mengurangkan kebimbangan terhadap kesihatan dan kewangan peribadi masing-masing akibat pandemik.

Bagaimanapun menurut perancang kewangan dan insurans, setakat ini penembusan sektor insurans masih rendah di negara tersebut.

Mika (bukan nama sebenar), 25 tahun, bekerja sebagai pegawai pemasaran, memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan bulanannya untuk membayar premium insurans adalah satu masalah kerana dia membelanjakan hampir keseluruhan wangnya sebanyak Rp 6.5 milion (RM1,923.27) kepada makanan.

Menurut seorang penasihat kewangan bebas, Philip Mulyana, situasi tersebut merupakan perkara yang dialami oleh hampir kesemua orang.

Dengan lebih tiga juta orang dibuang kerja setakat 2 Jun lalu dan lebih 55,000 kes Covid-19 positif direkodkan setakat Isnin, pandemik telah menyebabkan ketidaktentuan dalam kehidupan seharian, namun penembusan insurans masih kekal pada paras tiga peratus di Indonesia.

Menurut Ketua Pemasaran Allianz Life Indonesia, Karin Zulkarnaen, antara faktor yang menjejaskan pertumbuhan insurans di negara tersebut adalah pandangan orang ramai terhadap produk tersebut sebagai sesuatu yang tidak nampak.

“Anda tidak boleh berkongsi produk insurans di media sosial.

“Tidak seperti perbelanjaan lain seperti gaya hidup, melancong atau pun beg berjenama terkenal yang mana kebanyakan anak muda suka untuk menunjuk-nunjuk di media sosial,” katanya.

Menurut Pengurus Negara dan Pengarah Presiden Allianz Life Indonesia, Joos Louwerier, penembusan insurans dijangka meningkat selepas ini.

Pasaran insurans kesihatan dan perubatan di Indonesia dijangka tumbuh pada kadar 7.7 peratus di antara 2019 dan 2024.

“Insurans akan meningkat sebagai salah satu platform kewangan yang diminati terutama apabila selepas wabak Covid-19,” kata Ketua Lembaga Perkhidmatan Kewangan, Ahmad Nasrullah pula.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast