KUALA LUMPUR – UMNO mengingatkan pemimpin dan ahlinya agar meletakkan keutamaan parti melebihi daripada kepentingan diri sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), baik dalam tempoh terdekat mahupun tiga tahun lagi.
Ahli Majlils Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanipa berkata, setiap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan telah mengambil kira pelbagai sudut demi kekuatan parti di masa hadapan.
Katanya, parti akan menghadapi pelbagai ujian dan cabaran terutama dalam perjalanan ke arah PRU15.
“Saya yakin, akan ada cubaan provokasi memecah-belah dan ketidakpuasan hati oleh musuh dan lawan kita tanpa disedari, sebagaimana mereka lakukan pada PRU14 lalu, yang menyebabkan parti kita hilang kuasa.
“Oleh itu, kalau tidak terpilih jadi calon, jangan kecil hati, merajuk, kecewa atau cuba hendak mensabotaj parti.
“Kita kena ingat, sebab apa hari pertama kita menyertai dan hendak berjuang dalam parti,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini tidak lagi boleh meletakkan calon bertanding di 222 kerusi Parlimen, kerana selepas memeterai permuafakatan dengan Pas, kerusi terpaksa diagihkan sama rata.
Justeru, akan ada kerusi BN diberikan kepada Pas dan kerusi parti itu diberikan kepada calon UMNO untuk bertanding melawan Pakatan harapan (PH).
Menurut Armand Azha, beliau masih ingat ketika mula-mula menyertai parti adalah untuk membantu, berkhidmat kepada masyarakat demi agama, bangsa dan tanah air.
“Ini pegangan saya yang konsisten sejak dulu. Saya selalu ingatkan diri saya serta sahabat, jika kita masuk politik nak kejar jawatan dan kekayaan, yakinlah suatu hari nanti pasti kita akan kecewa.
“Jika kita berikan keikhlasan jiwa dan hati kita dalam perjuangan parti, insha-Allah pasti akar umbi akan angkat kita,” katanya yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang. – MalaysiaGazette
Betul ler tu. Tak payah kau srbut pun….semua dah tau hanya pemimpin yg menentukannya. Kalau org “kecik” diam saja ler. Jika berbunyi macam nak “tombulkan diri” jgn pemimpin terlepas pandang ler tu….
Khikhikhi