Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengadakan sidang Parlimen dengan segera.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, sebagai badan legislatif, Parlimen adalah institusi terpenting negara.

Ia tidak hanya sekadar tempat untuk mewujudkan undang-undang baharu yang akan mengesankan segenap populasi negara, tetapi juga berfungsi sebagai badan pengimbang kepada cabang eksekutif.

”Konsep ini diterima pakai di semua negara demokrasi atau semi demokrasi di dunia. Laman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyebut Parlimen menjadi lebih penting tatkala perang atau kemelut, apatah lagi di kala pandemik Covid-19 kini di mana badan itu diperlukan untuk meluluskan undang-undang baharu, peruntukan kecemasan, memastikan kebertanggungjawaban dan atau meneliti setiap tindakan kerajaan agar kebocoran atau kecurangan dapat dielakkan,” katanya sempena Hari Parlimen Sedunia hari ini.

Namun, menurut Anwar, keadaan itu berbeza di Malaysia, yang mana kerajaan tidak hanya tidak ada keabsahan tetapi terus terusan menginjak setiap aspek demokrasi, termasuk terus mengelak untuk mengadakan sidang Parlimen atau Dewan Rakyat.

Gejala ini ternyata tidak berlaku di negara-negara maju yang lain, termasuk jiran kita Singapura, tambah beliau.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula 18 Mei lalu berlangsung selama sehari sahaja bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Langkah itu bertujuan membendung penularan Covid-19.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Sabar sabau sabaq pak Non jangan meleret-leret. Dah sama line je ngan Hatok Der urat otak dia ni. Harap anak-anak janganlah biar berterusan nanti bertambah parah jadinya.

  2. Meluat dah tgk muka ni..x abeh2 nak jadi PM.. List dulu tgk pencapaian PKR sepanjang ditubuhkan.. Mcm xnmpk hasil pun.. Mcm ni ka nak pegang malaysia ..dalam mimpi la

  3. Bagus juga tu.
    Tak ada lah dosa pengkhianat & fasiq yg berpanjangan dari kerajaan tebuk atap ini.
    Termasuklah para pendukung@penyokong nya.

    Dunia akhir zaman.
    Manusia berlumba-lumba & bangga dgn melakukan dosa.

    Walaupun dgn jelas dinyatakan orang khianat & fasiq itu tempat nya di neraka.

    Yg makan nangka dia kenalah getahnya.

    Yg termakan cili rasalah pedasnya.

Comments are closed.