BRUGGE, BELGIUM - FEBRUARY 20: Angel Gomes of Manchester United U23s in action during a friendly match between Club Brugge Youth Team and Manchester United U23s at FC Heist Stadium on February 20, 2020 in Brugge, Belgium. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

LONDON – Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan bahawa pemain muda, Angel Gomes belum bersetuju menandatangani sebarang lanjutan kontrak baharu, sekali gus meninggalkan Manchester United esok.

Kontrak pemain berusia 19 tahun itu berakhir semalam dan pengendali Norway itu mengakui tidak mungkin Gomes akan kekal bersama kelab.

Ketika ditanya sama ada Gomes akan meninggalkan kelab itu, Solskjaer berkata dia belum lagi mendengarnya semalam atau pagi ini.

“Namun nampaknya setakat ini mereka tidak mempersetujui sebarang perjanjian,” katanya kepada Goal.com.

Gomes hanya beraksi dua kali di bangku simpanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini selain beraksi tiga kali dalam saingan Liga Europa. – MalaysiaGazette