Foto hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan bercadang memulakan kelas semua tingkatan sekolah menengah serta darjah lima dan enam sekolah rendah pada 15 Julai ini.

Sinchew Daily melaporkan, kelas untuk darjah satu hingga darjah empat sekolah rendah pula dijangka disambung semula seminggu atau dua minggu selepas kelas darjah lima dan enam dimulakan.

Sumber berkata, rancangan pembukaan semula sekolah itu akan diumumkan dalam masa terdekat jika tidak berlaku perubahan yang mengejut.

Menurut sumber, pihak sekolah dan para pelajar perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan untuk memastikan penjarakan sosial di sekolah.

Mengenai jumlah murid dalam kelas, sumber berkata, bagi sekolah yang mempunyai kelas yang mencukupi dan murid yang tidak ramai, semua pelajar boleh menghadiri kelas seperti biasa.

Untuk sekolah satu sesi yang mempunyai pelajar yang ramai pula, sesi pagi dan sesi petang harus diwujudkan untuk memastikan penjarakan sosial.

Difahamkan , satu garis panduan yang ditambah baik berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah bertarikh 4 Jun akan dikeluarkan selepas ini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini membenarkan calon peperiksaan tingkatan lima dan enam untuk kembali ke sekolah pada 24 Jun lalu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Saya bimbang sekolah satu sesi macam mana nak atur waktu sekolah. Sekolah yang anak saya belajar sekarang dari darjah 1hingga 6 semua masuk sekolah 7.15 pagi. Saya tak mau ambil kira guru dulu. Murid murid darjah satu hingga darjah enam sudah 1200 orang murid

Comments are closed.