Guru mengajar anak murid dengan penjarakan sosial bagi mematuhi SOP pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tadika berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 JULAI 2020. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lebih 24,000 tadika dan prasekolah mula dibuka hari ini selepas mendapat kebenaran dari pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu.

Tinjauan MalaysiaGazette di Tadika Tunas Ilmu, Taman Lembah Keramat di sini mendapati pihak tadika sudah melakukan persediaan awal mengikut prosedur operasi standard (SOP) untuk menerima kembali pelajar yang rata-ratanya berumur empat hingga enam tahun.

Murid, Danial Arsyad Hadi membasuh tangan sebelum masuk ke kelas pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tadika berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 JULAI 2020.

Ibu kepada salah seorang pelajar, Nor Shirah Abdullah mengakui masih bimbang keselamatan anaknya disebabkan wabak virus Covid-19 namun lega apabila melihat tadika anaknya mengamalkan SOP yang ditetapkan.

Nor Shirah Abdullah pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tadika berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 JULAI 2020.

“Apa pun kita sebagai ibu bapa jangan hanya hantar anak ke tadika sahaja tetapi perlu melakukan persediaan anak-anak menghadapi Covid-19 sejak dari rumah lagi,” katanya.

Bagi guru tadika, Siti Farah Rowi pula, rata-rata anak muridnya bersemangat kembali belajar kerana sudah mengenali sesama rakannya sebelum ini.

Guru taska, Siti Farah Nur Rowi pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tadika berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 JULAI 2020.

“Selepas mereka cuti tiga bulan, mereka sudah mula bersemangat untuk datang ke sekolah dan tiada adegan air mata kerana mempunyai pengalaman memasuki alam tadika pada awal tahun lalu sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Mereka cukup bersemangat dan mula seronok berjumpa semula kawan dan cikgu,” katanya.

Apa pun, menurut Siti Farah, sebagai tenaga pengajarpihaknya sudah bersedia mengikut SOP supaya pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. -MalaysiaGazette