Pasukan keselamatan mengawal kawasan persekitaran sebuah pusat pemulihan dadah ei Irapuato, Mexico, foto AP

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam serangan bersenjata di pusat pemulihan dadah di bandar Irapuato.

Polis di bandar di Guanajuato memaklumkan lelaki bersenjata itu juga mencederakan tujuh orang dalam serangan kedua yang berlaku di Irapuato.

Gambar dari tempat kejadian yang dikongsi polis dengan wartawan tempatan menunjukkan sekurang-kurangnya 11 mayat terbaring di sebuah bilik.

Serangan itu adalah salah satu pembunuhan besar-besaran terburuk sejak Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memegang jawatan 19 bulan yang lalu selepas berjanji untuk mengurangkan tahap keganasan.

Tetapi pembunuhan mencapai rekod baharu tahun lalu dan masih meningkat pada tahun 2020.

Pada 6 Jun lalu, 10 lelaki terbunuh selepas beberapa lelaki menyerang pusat pemulihan dadah di Irapuato.

Setakat ini tidak jelas adakah serangan itu berlaku di tempat yang sama.

Guanajuato yang merupakan hub pengilang kereta telah menjadi salah satu lokasi jenayah keganasan di Mexico.

Pusta-pusat pemulihan dadah menjadi sasaran geng-geng jenayah untuk mendapatkan penguasaan perniagaan dadah.

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam serangan membakar oleh anggota geng di sebuah bar di Pelabuhan Coatzacoalcos di selatan Mexico pada Ogos lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast