Mereka yang didakwa terdiri daripada 19 lelaki tempatan, dua wanita tempatan, tiga lelaki pemastautin tetap, 24 lelaki warga Indonesia, seorang wanita warga Indonesia dan dua warga Myanmar, berusia antara 21 dan 59 tahun.

KOTA TINGGI – Seramai 51 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Otong’, antara Januari 2015 sehingga Jun tahun ini.

Mereka yang didakwa terdiri daripada 19 lelaki tempatan, dua wanita tempatan, tiga lelaki pemastautin tetap, 24 lelaki warga Indonesia, seorang wanita warga Indonesia dan dua warga Myanmar, berusia antara 21 dan 59 tahun.

Kesemua mereka didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu  di daerah Kota Tinggi antara 1 Januari 2015 dan 4 Jun 2020.

Bagaimana, tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.

Mereka yang dituduh ialah Mohamed Ahmad, Mohd Hanafiah Kamaruddin, Mohammad Zaheer Ali, Suparman Saharudin, Kamarudin Nurjah, Muslim Abdullah, Norhadiansah Khairdir, Mohd Hanafi [email protected] Rahim, Mohammad Johar Musa, Amat Amaran Abdullah, M Noor M Said, Mohamed Nasir Ali, Mohd Sharil Baharuddin, Tie Boon Kai, Nik Sunita Nik Yahaya, Zulkifli Muhammad Nafi, Ismail Daud dan Safari Harun.

— BERNAMA