BEST merancang untuk mengendalikan tujuh pusat penyisihan dan 270 pusat perkhidmatan meliputi Malaysia barat dan timur dalam tempoh tiga tahun lagi.

KUALA LUMPUR – BEST Inc. (BEST) peneraju penyedia perkhidmatan logistik dan rangkaian penyelesaian pintar bersepadu di China, pengembangan operasinya di Asia Tenggara, dengan meneroka peluang di Malaysia, Kemboja dan Singapura.

Tiga pasaran baharu itu diterokai selepas berjaya memasuki pasaran Thailand dan Vietnam pada tahun lalu.

Johnny Chou, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BEST berkata, dengan pertambahan ini, Best sudah membina rangkaian logistik yang efisien dengan liputan rangkaian menyeluruh di Asia Tenggara.

Johnny Chou, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BEST Inc. berkata, syarikat itu teruja untuk membina rangkaian logistik kami di Asia Tenggara, yang menjadi wilayah tumpuan dalam strategi globalnya.

Berdasarkan kejayaan model aset mudah dan pengalamannya di Thailand dan Vietnam, BEST merancang mengendalikan sebanyak 12 pusat penyisihan (sortation center) dan 400 pusat perkhidmatan di Malaysia, Kemboja dan Singapura dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Di Malaysia sahaja, BEST merancang untuk mengendalikan tujuh pusat penyisihan dan 270 pusat perkhidmatan meliputi Malaysia barat dan timur dalam tempoh tiga tahun.

Ini termasuk melengkapkan pusat penyisihan di Kuala Lumpur dan Phnom Penh dengan peralatan automasi seperti laluan penyisihan berkelajuan tinggi dan sistem imbasan berdimensi.

Berdasarkan kajian bersama oleh Google, Temasek dan Bain & Company, dengan pengguna Internet seramai 360 juta, sektor e-dagang di Asia Tenggara dalam landasan mencapai angka AS$150 bilion menjelang 2025 daripada AS$38 bilion tahun 2019.

Bagi memenuhi permintaan e-dagang dan keperluan pengguna yang semakin meningkat, BEST menawarkan pilihan penghantaran hari esok (next-day) untuk daerah-daerah utama di Thailand dan perkhidmatan pada hari sama (same-day) di Ho Chi Minh City dan Hanoi di Vietnam.

Nilai bungkusan dari Asia Tenggara yang dikendalikan syarikat ini mencecah 8.8 juta dalam tempoh suku pertama. – MalaysiaGazette