Sistem Reti O boleh diakses menggunakan apa-apa peranti yang bersambung internet tanpa download apa-apa aplikasi.

KUALA LUMPUR – Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menjadi virus barah yang memakan dan merampas berbagai hak, keistimewaan, keutamaan dan kelebihan yang ada pada warganegara khususnya bumiputera.

Masalah yang telah berlanjutan sekian lama itu semakin parah menyebabkan rasa simpati bertukar menjadi marah benci serta memusuhinya.

Cadangan mewujudkan Sukarelawan Menangkap PATI atau singkatannya RETI mendapat sokongan ramai.

Tanpa perlu memperincikannya, ramai tertanya-tanya bagaimanakah mereka boleh menawarkan diri menyertai sebagai RETI.

Bagi merealisasikannya maka diperlukan suatu mekanisme khusus untuk menjamin ketelusan dan ‘kebal ketirisan’ serta mempermudahkan, melancarkan pengurusan dan pentadbiran berkaitan RETI.

Mekanisme menggunakan sistem berkomputer sedang direkacipta dan dibangunkan secara percuma oleh sekumpulan rakyat tempatan yang prihatin dan cintakan negara.

Beberapa ciri dan spesifikasinya adalah seperti berikut.

1. Dibangunkan menggunakan falsafah dan teknologi ‘Networked Internet-based Hardware-free Error-Free Real-time On-line Data-sharing and Transactions’.

2. Dengan teknologi ‘Unlimited-user Unlimited-record Unimited access’

3. Boleh dicapai dari mana-mana, bila-bila masa menggunakan sebarang peranti asalkan bersambung dengan internet.

4. Sistem ini juga digelar ‘sistem di awan’ kerana pengguna tidak perlu memuat turun atau memasang apa-apa (seperti Apps) walau satu huruf pun.

5. Direkabentuk supaya boleh digunakan oleh semua pihak yang berkenaan, orang awam, ahli RETI, balai polis, kerajaan dan kedutaan asing negeri masing-masing.

6. Mempunyai rekod permohonan, pengesahan keahlian RETI.

7. Mempunyai rekod tangkapan PATI, dihantar ke (lokap) balai mana, tuntutan bayaran dan terimaan wang ganjaran.

8. Mempunyai pengkalan data semua balai polia di seluruh Malaysia. Juga modul khas untuk kegunaan khusus polis (misalnya setiap balai).

9. Boleh membuat manipulasi, kiraan dan statistik, berbagai laporan dan cetakan, dan sebagainya bagi setiap pengkalan data maklumat.

10. Mempunyai pengkalan data pemohon, keahlian RETI, tangkapan PATI, wang ganjaran, balai polis, depot tahanan imigresen, kedutaan asing dan sebagainya.

11. Pengkalan data setiap kedutaan merekod dan menyimpan senarai pendatang (izin dan tanpa izin) dari negara masing-masing.

12. Bersama dengan data kemasukan melalui pintu yang sah oleh imigresen, memudahkan semakan samada seseorang itu adalah PATI atau tidak yang memudahkan proses tangkapan seterusnya.

13. Mempunyai modul khas bagi kegunaan setiap depoh tahanan. Semua pihak boleh membuat semakan dan pengesahan seseorang PATI itu telah berapa kali ditahan dan sebagainya.

14. Mempunyai modul khas untuk kerajaan misalnya bagi menyalurkan wang ganjaran ke pihak berkenaan (seperti balai polis), yang telah dituntut dan baki peruntukan yang masih ada.

15. Mempunyai modul khas bagi sesiapa sahaja yang hendak menyumbang wang ganjaran untuk PATI yang ditangkap. Termasuklah oleh agensi swasta, NGO, parti politik, orang perseorangan, kedutaan (negara dan pertubuhan luar negara) dan sebagainya.

16. Mempunyai sub-sistem lain yang berkaitan seperti sistem diari, akaun, pengkalan data laporan berita, isu, arkib, video, citcat (berbual-bual, bersembang-sembang) bagi setiap kategori atau modul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi penulis di 019-398 2700.- MalaysiaGazette