Dua perwakilan Pergerakan Puteri UMNO dilihat melintasi dinding yang dihiasi logo parti UMNO ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 07 DISEMBER 2017
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Akar umbi UMNO musykil dengan kenyataan sokongan parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Cawangan UMNO Medan Idaman, Mohd Rafi Awang Kechik berkata, mereka juga mempersoalkan, adakah keputusan sebesar itu dibuat dengan persetujuan secara konsesus Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO?

“Adakah UMNO ketandusan pemimpin untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri?

“UMNO dan Pas parti hebat, melahirkan pemimpin yang hebat. Takkan tak ada tokoh sebagai Perdana Menteri untuk PRU-15 sehingga terpaksa tunduk kepada parti yang hanya ada tujuh kerusi sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media melaporkan, UMNO dan Pas secara prinsipnya bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15.

Rafi Awang Kechik

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini.

Kata beliau, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar.

Artikel berkaitan: TERKINI : Muafakat Nasional Calonkan Muhyiddin Sebagai PM Selepas PRU -Annuar Musa

Menurutnya, kalau Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh dicalonkan, parti itu masih ada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi pemimpin muda berpotensi.

“Kenapa secepat itu UMNO bersetuju? Saya melihat UMNO gagal membaca sandiwara Muhyiddin, gagal menelaah gerakan yang diaturnya termasuk dan bekas pemimpin UMNO yang lompat ke parti Bersatu.

“Mudah UMNO lupakan apa yang dilakukan mereka ini terhadap parti hingga hilang kerajaan pada PRU-14 dua tahun lalu, dengan Perdana Menteri sekarang masih menyimpan ‘dendam’.

“Sebab itu, kes wang UMNO sebanyak RM194 juta yang dirampas dan sudah dibebaskan, Pejabat Peguam Negara masih lagi hendak merayu keputusan,” katanya.

Mohd Rafi berkata, jika kes rayuan itu tersangkut dengan sendirinya UMNO mungkin diharamkan kerana kononnya menerima wang haram.

Bagaimanapun, ujarnya, ramai pimpinan UMNO tidak sedar, termasuk ada usaha untuk memastikan Orang Kena Tuduh (OKT) di kalangan Ahli Parlimen UMNO didapati bersalah termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, jika maklumat yang diterimanya itu benar, maka UMNO bakal berdepan dengan masalah, tetapi berharap dan berdoa ianya tidak benar.

Tegas beliau, tindakan UMNO itu akan berdepan dengan banyak risiko yang memungkinkan kemarahan ahli akar umbi. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Jangan kata akar umbi. Orang luar UMNO pun rak merestui keputusan jni. BERSATU perlu berada di luar MUAFAKAT NASIONAL untuk bertanding seberapa banyak kerusi yang merela perlukan untuk jafj kerajaan dan PM. Sebab kerusi yang mereka duduk sekarang adalah milik as UMNO. Mereka perlu berusaha untuk yakinkan ahli akarumbjmereka bahawa keusi tersebut memang milik mereka dan mereks memegang kerusj majoriti di Dewan Rakyat. Baru boleh angkat jadi PM. Selepas menang PRU.

  2. Sombongnya.. dr pembangkang jd kerajaan. Org yg jd PM ni rasanya lebih baik dr calon2 UMNO skang. Korang ingat Zahid Komedi tu layak ka jd PM? Korang akar umbi letak ler tgk next PRU zahid komedi jd calon PM, dan tgk apa akan jd.

  3. Yg ada kepentingan saja tk setuju, bagi rakyat biasa kebanyakannya amat setuju jika dsmy terus jd pm selepas pru15.
    Soal kes makamah biar yg arif putuskan, kedaulatan undang2 perlu ditegakkan.

  4. Pemimpin umno dan akar umno perlu sedar kerana Muhyiddin Yasin lah umno dapat menjadi kerajaan balik. Kalau bukan kerana Muhyiddin yassin parti umno akan jadi melukut di tepi gantang. Meroyan.
    Parti BERSATU semasa dalam PH dahulu sudah jadi kerajaan dan kalau bersatu tak keluar PH parti dia tetap jadi kerajaan dan sekarang dalam PN pun masih menjadi sebahagian kerajaan PN.
    Perlu di ingat ramai ahli2 umno sekarang sudah lari meninggalkan umno.
    Tengok sahaja di Sabah dan kedah berapa kerusi DUN saja yang umno ada.
    Sabah dan Sarawak jangan ingat dia orang nak sokong umno/Bn lagi kerana orang2 Sabah Sarawak dah serik dengan pemimpin umno yang korup dan salah guna kuasa.
    Kes perundangan jangan diganggu gugat. Biarkan lah urusan mahkamah yang menentukannya.
    Ini lah perangai yang membuatkan rakyat menendang keluar bn semasa pru14 dahulu kerana pemimpin /kerajaan bn suka sangat campur tangan dalam urusan perundangan negara. Pemimpin atasan buat salah rasuah juta2 lepas tetapi rakyat marhein yang curi telor ayam pun kena penjara. Undang2 negara tak kenal siapa, yang buat salah tetap kena hukum.
    Kenapa nak salahkan dan berdendam dengan Muhyiddin Yasin…?? Siapa yang tendang Muhyiddin Yasin dan geng2nya dari umno…??
    Kita jangan jadi bahlol pemimpin yang kaki rasuah semestinya dihukum bukan di bela tetapi dalam umno semua pemimpinnya bersih…!!!????
    TETAPI sekarang semua kesalahan yang dibuat oleh pemimpin terdahulu telah dibogelkan oleh kerajaan PH. Rakyat sudah nampak apa yang pemimpin umno telah buat.
    Kalau tak tumbang bn dahulu lagi teruk pemimpin bn bermaharaja lela menjarah wang rakyat… Tapi Allah maha kaya dan orang yang buat salah akan terima akibatnya.

  5. Sokong pendapat Mat Klate. UMNO skrg masih belum bersih. Pemimpin2 atasan dlm UMNO kena lalui dulu perbicaraan tgk betul atau salah bru sembang nak jd PM semula. Kecuali letak Tok Mat, tp ingat zahid nak lepas kah? Hahah.

  6. Apakata keputusan utk menyokong atau tidak TSMY sbg PM selepas PRU 15 dikembalikan kpd ajli2 UMNO. Buat undian secara rasmi.Beri kebebasan utk ahli buat pilihan. Adakan pilihanraya dlm parti. Barulah betul2 demokrasi. Mmg sukar nak buat tp tak mustahil boleh dibuat pilihan suara ahli2. PKR pun boleh buat pemilihan pemimpin dgn adakan pilihanraya dlm parti, tak kan umno yg sudah lama wujud x boleh nak buat?

  7. Adoi…Sombong ke atau x, sedar atau x, yg pnting UMNO kena ingt bhw ppbm adalh parti batu api, kerana fitnah mereka dn sahabat2 mereka spt D4Pigslah yg mnjadi salah satu sbb UMNO tumbang dn kena ingt kalau tnpa sokongn UMNO dlm pn, mhyidin xboleh jadi pm..Skrang ini pun dgn ada cadangn utk pn yg melibatkn di dlmnya ppbm, bibit2 perpecahan sdh kelihatan….UMNO kena perkukuhkn MN dan abaikn ppbm dn kalau ppbm nk join MN mereka kena ikut term n condition UMNO dn MN…

  8. UMNO kena belajar strategi mcm DAP..mereka tolak jd PM atau KM/MB..walaupun mereka majoriti. Akan tetapi mrk kawal semua lantikan PH. Sampaikan Medey nak buat keputusan pun kena tanya Kit Siang dulu..Tetapi bila DAP betul2 kuat mcm di Penang, baru lah calon DAP jd KM..UMNO jgn bongkak…UMNO skrg ni tak kuat mcm dulu pun..UMNO skrg terpaksa pinjam tongkat PAS utk survive..dan PAS sokong TSMY..UMNO tak setuju boleh lah pi lawan sorang2 tanpa PAS..

Comments are closed.