KUALA LUMPUR – Apabila Muafakat Nasional (MN) mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin calon Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan datang, membuktikan UMNO dan Pas selama ini tidak mempunyai tokoh sesuai untuk jawatan itu.
Presiden Parti Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, pelbagai perasaan timbul apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perkara itu semalam.
“Ada rasa nak ketawa, ada rasa naik sedih dan ada juga rasa nak terkencing apabila membaca kenyataan media dari dua pemimpin kanan parti MN ini.
“Rupanya MN tidak ada calon yang layak dan selama ini berkokok berdegar-degar kononnya, UMNO dan Pas adalah dua parti hebat, apatah lagi UMNO yang mendakwa sebagai parti dominan dalam MN dan PN.
“Baru sekarang semua rakyat tahu, UMNO tidak ada seorang pun calon di kalangan pemimpinnya yang berwibawa untuk Perdana Menteri selepas PRU-15. Semuanya tidak layak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Semalam, Abdul Hadi dan Annuar dalam kenyataan berasingan menyatakan, MN menyokong dan bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kerajaan PN sekiranya menang PRU-15 akan datang.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MN antara UMNO dengan Pas baru-baru ini.
Menurut Dr. Ibrahim, selain UMNO, Pas juga belum mendapat apa-apa hidayah dan petunjuk siapa di kalangan pemimpin mereka layak serta sesuai untuk jawatan Perdana Menteri.
“Abdul Hadi pun tidak layak. Hanya setakat menjadi wakil Perdana Menteri ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri sahaja.
“Sebelum ini kita semua maklum, Pakatan Harapan (PH) sukar menamakan calon Perdana Menteri. Setiap kali mesyuarat dan berbincang, calonnya berubah dari satu nama ke satu nama.
“Ada saja tidak kena, sampai penat membaca kenyataan demi kenyataan dari kumpulan PH mengenai bakal calon Perdana Menteri. Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini nama Datuk Seri Shafie Apdal pula, mana tahu selepas ini nama Mohamad Sabu diumumkan,” katanya sinis.
Nampaknya, kata beliau, semua parti mendakwa hebat tidak ada calon layak, melainkan yang retorik sahaja.
Menurut Dr. Ibrahim, rakyat semakin hari mengeluh dengan drama politik dari PH dan MN yang membosankan.
“Setelah hilang nak ketawa, rasa sedih dan perut kembali normal, maka saya merayu kepada rakyat mendoakan semoga Parti Putra yang lahir suci dari debu politik mutakhir ini mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah.
“Putra juga akan menamakan calon Perdana Menteri apabila Parlimen dibubarkan menjelang PRU 15 nanti. Setakat ini siapa bakal calonnya, biarlah rahsia dulu. Beberapa nama sudah disenarai pendek.
“Kita akan pastikan calon Perdana Menteri Putra akan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara kerana calonnya berintegriti, berwibawa, berilmu, berpengalaman, berinovasi dan tidak hipokrit atau munafik,” katanya. – MalaysiaGazette
aik…. presiden parti PUTRA pun tak tau sapa calon perdana Menteri PUTRA? laaaagi terukkkkk…
Sibuk hal parti org lain..parti sendiri masuk PRU entah2 hilang deposit nanti.. Bukan Pas atau Umno xda calon utk PM,tapi utk sensasi kan hal mcm pada media,apa keuntungan nya? Nak jadi mcm PH ke? Bergaduh kerana jawatan pm..katak melompat sebab kepandaian katak melompat,tapi katak mcm ibrahim ali bukan pandai ,tapi bodoh..
Mmm x pyh layan la.. Bkn x knal brehim ni.. Jnis bbual bobok lebong.. Hahaha nk tnding pru15.. Mapuh pozek la brehim weiii.. baik duit tu sedekoh surau..
Kwang kwang kwang.. katak ezam boleh bagi jawapan. Sebab dia Putera Katak. Kita tunggu dia panggil hujan.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, jangan kita jadi batu api…sesiapa dlm PN yg terbaik dan berkebolehan jadi PM kita sokong. Moga rakyat dpt hidup dgn lebih baik lagi dgn izinNya..Aamiin.
Tak sangka Ibrahim Ali ni masih bodoh di dalam berpolitik.