Surat pertimbangan lantikan ke dalam GLC Kedah yang didakwa dihantar ileh Muzzammil Ismail.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah diminta menolak permintaan Muzzammil Ismail, Pengerusi Biro Antarabangsa Armada untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) di negeri itu.

Walaupun ini merupakan tindakan yang mengikut lunas etika dalam politik, namun ia juga merupakan satu talian hayat buat buat saudara Muzzammil di arena politik nasional terutama sekali di peringkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Muhammad Shaqib Shahrilnizam berkata, sekiranya perlantikan saudara Muzzammil menjadi kenyataan, ia akan mengundang persepsi negatif kepada Perikatan Nasional terhadap lantikan politik, yang mana Muzzammil tidak mempunyai pengalaman yang luas untuk diserapkan ke bidang pengurusan GLC.

Selain itu, Muzzammil juga bertindak hipokrit dan menggunakan peluang ini untuk mengukuhkan posisinya di arena politik nasional walhal beliau pernah mengeluarkan satu penyataan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dengan memberi kuasa sembrono kepada bekas Perdana Menteri itu ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

”Saya bersetuju orang muda harus diberi ruang dan peluang dalam kepimpinan GLC dan pentadbiran demi masa depan Malaysia yang lebih baik, namun, saya khuatir, tindakan ini akan memberi saudara Muzzammil peluang dan bertindak secara rakus, malah akan merosakkan iklim politik nasional di mana orang muda telah memperjuangkan partisipasi politik sejak sekian abad.

”Perlantikan saudara Muzzammil akan merosakkan imej Perikatan Nasional yang menghidupkan kembali amalan nepotism kronism di dalam iklim politik Perikatan Nasional. Perlantikan ahli lembaga pengarah GLC harus diberikan kepada individu yang layak dan bukannya berdasarkan posisi politik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru, beliau meminta Meneteri Besar Kedah menolak permintaan tersebut demi mencerminkan tadbir urus yang baik serta etika awam yang baik sebagai cerminan imej pentadbiran Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette