Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Keputusan negeri Sabah membenarkan kemasukan pekerja asing warga China telah diluluskan berdasarkan kategori Pas Pekerjaan atau Employment Pass 1 (EP1) ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori berkenaan merupakan mereka yang mempunyai visa jangka panjang dan mempunyai kepentingan urusan perniagaan yang akan dipertimbangkan menggunakan visa EP1.

“Tetapi warga asing yang dibenarkan masuk adalah dengan bersyarat iaitu menjalankan ujian swab dan kuarantin 14 hari di kediaman masing-masing.

“Selain itu, kategori pelajar luar negara yang ingin masuk ke Malaysia sedang dikaji dan dipertimbangkan, namun harus menjalani ujian swab dan juga kuarantin diri selama 14 hari,” pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Bemiau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kelulusan Sabah membenarkan pekerja warga China memeauki negeri itu.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, pesakit luar negara juga dibenarkan memasuki negara ini tetapi bersyarat iaitu menjalankan ujian swab dan hospital yang dikenalpasti perlu bersetuju untuk menerima mereka sebagai pesakit.

Katanya, kebenaran itu adalah antara syarat yang dilonggarkan untuk memasuki Malaysia namun Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM perlu dipatuhi. – MalaysiaGazette