Ayob Khan Mydin Pitchay
JOHOR BAHRU- Seorang Penolong Pengarah Imigresen wanita yang bertugas di salah sebuah kompleks imigresen di negeri ini ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan migran, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pegawai kanan berumur 50 tahun itu ditahan di tempat tugasnya oleh anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, sebagai lanjutan kepada penahanan tiga pegawai imigresen pada 23 Jun lepas, yang dipercayai terbabit dalam kes sama.

Penahanan suspek merupakan tangkapan pegawai berpangkat paling tinggi yang terlibat dengan kes sindiket penyeludupan pendatang setakat ini, dan suspek disiasat mengikut Seksyen 26 (A) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dengan mengguna pakai prosedur siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

“Modus operandi suspek adalah dengan menyediakan cop imigresen Malaysia yang disyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang telah tamat tempoh pas lawatan sosial (PLS) sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan tidak melindungi mana-mana pihak berjawatan tinggi sekiranya didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan.

“Polis Johor tidak melihat status, kalau terlibat kita tangkap tidak mengira kedudukan. Ada pihak cuba kaitkan isu tangkapan (sindiket) ini dengan mengatakan bahawa polis menganiaya,” katanya.

“Tidak timbul isu itu kerana kita hanya jalankan siasatan dan menyiapkan kertas siasatan, setelah itu dipanjangkan kepada pejabat Peguam Negara dan mahkamah yang akan tentukan sama ada mereka bersalah atau pun tidak,” tambahnya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Memang celaka penjawat awam yang tidak amanah!! Pengkhianat negara. Elok ditembak bior mampos!!

  2. Bgus..pdrm..manusia2 durjana mcn itu harus di pjara smpai mampus dlm pjara..kita harapkn pagar, rupa2 nya pagar yg mkn padi..sdr lh sikit, ada manusia mcn ini lh ngra hncur…dah lh tua2 pun jahat lh..mkn duit haram jadah tu..mmg mnusia mcn ni ptut di pjara biar lama sikit…pls lah tolong lah kamu beramanah dlm stiap kerja tu..ko ingat , duit yg ko mkn tu haram, apa neraka lh mkn ko..buang trus mnusia mcn ini..

  3. Harap PDRM siasat sampai ke lubang cacing, cari dalang pengkhinat ini dari rakyat marhaen sampai ke VVIP. Kalau macam ini lah selama-lamanya memang teruk lah negara kita, penuh dengan warga PATI sahaja.

  4. Tahniah Dato Ayob..tindakan yang tegas ..mana mungkin sendikit ini dgn berani beroperasi tanpa bantuan orang dalam bertaraf pegawai tinggi..harap pagar ..pagar makan padi

  5. Datuk Ayob Khan deserved to be promoted to the new IGP (Ketua Polis Negara). Though his ranking is lower than many of his seniors in the police force, his commitment, expertise in counter-terrorism, Masters degree and dynamic personality traits should be considered for the post of IGP. Hope someone powerful could convey this message to TSM. Also, please convey the message that the people are feeling relieved with the replacement of Tommy Thomas, Latifah Koyah, AZHAR AZIZAN HARUN (SPR) and others. It will be a big celebration for the rakyat if the current IGP (Abdul Hamid Bador) is gone. We don’t believe in people appointed by Mahathir and PH. Malaysians suffered a lot under Mahathir and PH. They are happy now with TSM, DSN and others in MN & PN. Let us continue with this government and move Malaysia to the next level of economic success, peace, stability and prosperity. May the good heaven smile on Malaysia and its beautiful people.

Comments are closed.