MEMETIK petikan media Datuk Seri Ismail Sabri pada 1 Julai 2020, bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengumumkan Standard of Procedure (SOP) yang terperinci serta mengumumkan tarikh pembukaan IPT.
Namun begitu ia telah mendapat pelbagai respons yang berbeza terhadap perancangan kerajaan ini. Melihat dalam lingkup sebagai seorang mahasiswa yang masih valid No Matrik nya, saya berpendapat bahawa ia adalah sebuah keputusan yang drastik dan ‘membebankan’ bagi sesetengah mahasiswa. Jika benar tindakan KPT untuk membuka IPT lebih awal ini sudah semestinya memberi kesan kepada sesetengah IPT yang telah mengumumkan langkah dan pindaan lebih awal untuk hanya mengadakan pembelajaran secara atas talian sehingga tahun hadapan dan pihak IPT SEWAJARNYA KEKAL dan TETAP dengan pendirian yang telah diuarkan.
Saya nyatakan asbab mengapa pihak IPT terutamanya pihak UPSI perlu kekal dengan pindaan sedia ada untuk kembali ke IPT seawalnya tahun hadapan.
1. Pihak atasan perlu menahan tekanan dengan pelbagai desakan yang dibawa oleh segelintir pihak mahasiswa yang awalnya desak pihak universiti untuk hantar mereka pulang ke rumah. Bila kerajaan atau pihak universiti lambat bertindak dipersoalkan kenapa lambat nak hantar pelajar pulang sampai ada yang meminta untuk pulang secara percuma tetapi tetap ditunaikan.
2. Apabila sudah berada di rumah, IPT disuruh buka pula dengan lebih awal dan timbul banyak benda untuk disoalkan, ‘rumah tiada Internet, line slow untuk kelas’ tetapi mengapa anda tetap berkeras untuk pulang ? Di mana nilai kewajaran yang ada untuk meminta supaya IPT dibuka awal sedangkan anda tahu situasi di rumah anda!
3. Ini adalah suatu keadaan yang tidak adil kerana terdapat mahasiswa yang menyewa serta telah menamatkan kontrak mahupun melepaskan rumah dan mengangkut barang kembali ke kampung disebabkan tidak mampu untuk menampung atas kapasiti kewangan. Jika ingin buka semula sewaan, pasti tuan rumah akan mengenakan caj yang lebih tinggi dari sebelumnya. Jadi takkanlah disebabkan masalah ini, maka pihak IPT perlu membantu kesemua mahasiswa yang mengalami masalah tersebut.
4. Isu soal masalah capaian Internet, ramai sahaja yang kekal di sekitar tanjung malim kerana tahu capaian di rumah masing-masing tidak begitu baik, maka mereka kekal untuk proses belajar, menyiapkan tugasan dan sebagainya. Jadi , mengapa sesiapa yang banyak masalah di rumah ini tidak memikirkan soal capaian internet terlebih dahulu ?
Sejajar dengan kuasa autonomi yang telah diberikan kepada UPSI bermula 2018 untuk lebih fleksibel dalam membuat keputusan mengenai pengurusan tetapi masih menjadikan dasar kerajaan sebagai pertimbangan, maka saya berpendapat adalah wajar untuk UPSI tetap dengan pindaan untuk membuka IPT seawal tahun hadapan selaras dengan pelbagai lagi kewajaran yang perlu diteliti berbanding desakan sesetengah pihak yang tidak berfikir lebih awal.
-Muhammad Zafir bin Mohd Saman-