Foto Instagram Bayern Munich.

LONDON – Juara Jerman, Bayern Munich akhirnya memiliki pemain idaman mereka yang juga bintang Manchester City, Leroy Sane.

Gambar pemain sayap antarabangsa Jerman yang bernilai £55 juta (RM293.81 juta) dengan memakai jersi kelab baharunya itu tersebar menerusi media sosial sejak malam tadi.

Sane dijangka memperoleh pendapatan tambahan sebanyak £20 juta (RM106.84 juta) sepanjang tempoh lima tahun di Bayern.

Dia dijangka menerima gaji sebanyak £385,000 (RM2.05 juta) seminggu daripada Bayern atau kira-kira £19.8 juta (RM105.77 juta) setahun.

Selain itu, dia juga menerima ganjaran sebanyak £10 juta (RM53.42 juta) dari kelab berkenaan.

Bagaimanapun, Sane terpaksa memohon maaf kepada City selepas mengumumkan awal perpindahannya.

Semalam, Sane, 24, menghabiskan masa sehari di Munich bagi melengkapkan pemeriksaan perubatan selain bertemu dengan pegawai kelab di padang latihan.

Bagaimanapun Bayern hampa apabila proses perpindahan itu tidak dapat disempurnakan malam tadi, sekali gus memaksa kelab terbabit memohon maaf atas kesilapan berkenaan. – MalaysiaGazette