LONDON – Juara baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool dilanyak 4-0 oleh Manchester City dalam aksi liga yang berlangsung di Stadium Etihasd awal pagi tadi.

Keputusan itu sekali gus mengubati kekecewaan skuad Pep Guardiola kepada pasukan itu sebelum ini.

Liverpool yang bergelar juara pertama selepas 30 tahun tanpa EPL beraksi seolah-olah terlupa pasukan itu telah bergelar juara 26 Jun lalu.

Pengurusnya Jurgen Klopp bagaimanapun tidak melihat kekalahan itu sebagai satu masalah serius atau mengecewakan.

Klopp dengan sikap enggan menyerah kalah kelemahan di atas padang mempertahankan anak-anak buahnya telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan walaupun dimalukan 4-0 oleh tuan rumah.

Lebih menarik, pada 25 minit separuh masa pertama, sepakan penalti De Bruyne berjaya meletakkan tuan rumah di hadapan sebelum digandakan oleh Raheem Sterling dengan jaringan kedua 10 minit kemudian.

Bek pertahanan the Reds terus dihancurkan oleh serangan bertubi-tubi dan aksi konsisten Man City sebelum gol ketiga menyusul menerusi Foden pada minit ke-45 sebelum perlawanan ditangguhkan.

Liverpool ternyata terkejut selepas membolos 3 gol pada separuh masa pertama walaupun dibarisi pemain handalan Salah, Sadio Mane dan sebagainya.

Kelajuan aksi Man City berjaya mengkucar-kacirkan pasukan lawan dengan asakan demi asakan sebelum memaksa pemain Liverpool Oxlade-Chamberlain membuat kesilapan menjaringkan gol di gawang sendiri pada minit ke-66, sekali gus mengesahkan keputusan 4-0 memihak kepada Man City.

“Tahniah kepada pasukan saya kerana memalukan juara EPL menggunakan kualiti yang ada.

“Mereka datang ke sini bukan untuk meraihkan kejuaraannya, tapi bersaing..

“Maka kami berjaya menggunakan peluang untuk membelasah mereka 4-0 dan ini penting menjelang persiapan bertemu Arsenal dan Real Madrid,” kata Pep.

Klopp pula menyifatkan walaupun tewas ia merupakan perlawanan penting untuk pasukannya.

”Mereka (Man City) sangat pantas bertindak daripada apa yang kami fikirkan.

“Kami telah hilang kelancaran dan kelajuan. Masalah pasti wujud ketika berdepan Man City dan kami jelas mensia-siakan segala peluang yang ada di atas padang.

“Menarik bukan, pasukan lain bergelar juara sedangkan Man City beraksi cemerlang?bagaimanapun kami perlu terima kekalahan ini,” ujarnya.

Bagaimanapun Klopp tidak mahu mengakui pasukannya hilang fokus dan terlampau alpa selepasi digelar juara EPL.

Untuk rekod, pada 2017 Liverpool pernah dibelasah 5-0 oleh Manchester City di Stadium Etihad.

Dengan baki enam saingan, beliau komited untuk terus fokus bagi memastikan tiada lagi keciciran mata selepas ini.-MalaysiaGazette