Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Tiga buah kenderaan tanpa nombor pendaftaran terbakar berdekatan kondominium Royal Ragen Sri Putramas di Jalan Kuching, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada pukul 1.27 pagi.

“Pihak polis sampai di tempat kejadian dan mendapati tiga buah kenderaan motokar yang terbakar tiada mempunyai nombor pendaftaran, jenis Mercedes Benz warna perak, perodua Axia berwarna biru kelabu dan perodua Myvi berwarna kelabu.

“Ketiga-tiga kenderaan motokar tersebut terbakar di bahagian satu bonet belakang, hadapan dan didalam motokar anggaran lebih kurang 100% terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati tidak ada saksi manakala jalan tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Sehingga kini pemilik kenderaan belum dikenalpasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, ujarnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan berkenaan boleh menyalurkannya dengan menghubungi pihak polis diBahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul Kuala Lumpur ditalian 03-40482222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” tambahnya. – MalaysiaGazette