Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Rakyat Kelantan terkejut dengan kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai masalah air di negeri itu dapat diselesaikan dalam tempoh 30 hingga 40 tahun akan datang.

Presiden Parti Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu menunjukkan menteri dan kepimpinan Pas Kelantan tidak tahu mentadbir kerana untuk tukar paip baharu dan perbesarkan loji air memerlukan masa yang panjang.

“Selama 30 tahun memerintah dari 1990 sehingga sekarang, tidak ada apa-apa kemajuan dan pembaharuan dilakukan. Hari ini minta 30 tahun lagi tempoh untuk baikpulih bekalan air. Nampaknya, lama lagilah rakyat Kelantan menderita.

“Selama ini rakyat minum dan guna air berkarat, berwarna coklat. Pemimpin Pas tidak ada usaha langsung hendak mengatasinya, sebaliknya selamba sahaja kerana berlindung atas nama kerajaan Islam,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Di Kota Bharu, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, kementeriannya akan memohon peruntukan RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) daripada kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah air secara holisitik di Kelantan.

Kata beliau, peruntukan itu melibatkan tiga perkara utama iaitu tebatan banjir termasuk pembinaan empangan baharu, penggantian paip lama berusia lebih 40 tahun dan menaik taraf loji serta projek pembentungan bersepadu.

Langkah itu dibuat selepas mengambil kira kapasiti penduduk yang banyak dan mampu menyelesaikan masalah bekalan air Kelantan, dalam tempoh 30 hingga 40 tahun ke hadapan.

Menurut Dr. Ibrahim, di Kelantan bukan sahaja masalah air, banyak isu membelenggu rakyat seperti kadar pengangguran, penghijrahan ratusan ribu anak muda, ketiadaan pelabur asing, gagal menarik pelancong dan kegiatan ekonomi rakyat amat mendukacitakan.

“Malangnya Kelantan jatuh ke tangan mereka yang tidak arif dengan kemajuan teknologi, Sains, ekonomi, tidak berinovasi dan tidak kreatif.

“Pemimpin retorik menggunakan Islam sekadar modal untuk bermain dengan emosi rakyat yang kuat pegangan agamanya. Pimpinan hanya indah khabar dari rupa. Ibarat buku yang cantik kulit, tapi isi ilmunya kosong.

“Apabila rakyat kritik, mereka akan menjawab ‘belum ada yang mati akibat air kuning dan minum air telaga boleh menjadi Exco’,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana Pas Kelantan memerlukan tempoh 30 tahun lagi untuk selesaikan masalah air, apakata rakyat tukar kepimpinan kerajaan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Dr. Ibrahim mempersoalkan ke mana wang royalti minyak yang dibayar kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri itu digunakan, sedangkan ekonomi Kelantan kekal lembab, tidak produktif.

“Rakyat Kelantan terutama anak muda wajar bangkit dengan tegas dan lantang menuntut air bersih diselesaikan secepat mungkin.

“Saya sedih dan dukacita apabila menteri memberi jaminan 30 tahun lagi akan tukar paip dan ketika itu saya sudah berumur 100 tahun, tentu tidak sempat merasa air bersih dari paip baru,” katanya sinis. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KASA akan pohon peruntukan RM7 bilion selesai masalah air di Kelantan

7 Komen

  1. Si katak ni x faham bahasa melayu agaknya. Tuan Ibrahim ckp peruntukan untuk selesaikan masa lah bekalan air rakyat Kelantan supaya dpt bertahan lagi 30 ke 40 tahun, bukannya lagi 30 ke 40 tahun baru siap.

  2. Ini aku setuju sgt. Kerajaan kelantan patut contohi dr. Ibrahim ni. Selang setahun dia tukar parti. Kalau kerajaan kelantan boleh tiru dia, rasanya paip seluruh kelantan semua dah baharu baharu belaka

  3. Datuk Brahim ni jenis orang baca tajuk je ni.. Malas nak baca sampai habis kenyataan menteri tu. Kita tahu muka Brahim Ali memang tebal walaupun tahu salah buat tafsir an apa yg menteri kata. Orang macam ni toksah dilayan.

  4. 30 tahun tak lama bagi pas berbanding hidup seribu tahun. buat amal ibadah macam nak mati esok. buat usaha kehidupan dunia biar lambat. tunggu matang. tengok keadaan dan kesesuaian masa. seribu tahun lagi hidup apa nak gulok sangat. slow dan sabar. dapat pahala kerana menunggu. itu lah lebihnya ada ugama. semua hal pun dapat pahala. hingga kan mencuri pun dapat pahala. kerana bertobat.

  5. Isu air agak lama di Kelantan ..kos yg tinggi serta faktor muka bumi antara penyebabnya ..disamping keuntungan yg tidaklah sebesar mana..mahu tidak mahu pengguna yg sengsara ..nasib2

  6. Pak brahim nii tak tahu ke, atau buat² bodoh,, 30 tahun Pas memerintah,, n. Kelantan menjadi anak tiri pd Kerajaan,, tambahan di bawah tun M dulu jdi pm pembangkang memang dapat kerak aje lah.. Sambung pulak bawah pemerintahan pH, tpi masih tun M jdi pm dan “guan eng” pulak yg jdi menteri jaga duit, memang lagi masak la K. Kelantan bawah Pas kena buli..Guan eng pulak anti Pas dan anti Islam,, sepatutnya kelantan dibawah Kerajaan Pas dpt hak royalty minyak tpi dipermainkan hak nya …kurang ajar betul… Tpi dibawah pN ni Barulah nampaknya ada sinar utk rakyat kelantan dapatkan haknya.. Tau tak Pak berahim !!??

  7. Kpd raja katak.mu ni pada kecek.tapi otsk beku.dulu mu kata nk jilak bumyut mh.mu jilak kh ko

Comments are closed.