Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan sebahagian persatuan peniaga ketika mengadakan lawatan Pembangunan Semula Kampung Bharu, Kuala Lumpur (Komponen Pembangunan Semula Pasar Raja Bot - Fasa 2) di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Langkah pihak tertentu yang cuba meletakkan calon ‘proksi’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini ternyata tidak berhasil.

Ini kerana akhirnya pengundi di kawasan tersebut tetap memberi sokongan dengan memilih wakil rakyat mereka dari parti Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak berkenaan mungkin mahu menguji perpaduan dalam Muafakat Nasional namun pengundi di Chini tidak terkesan dengan semua itu.

Katanya, Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional (PN) telah berjaya dimanifestasikan dalam pilihan raya dan penerimaan rakyat terhadapnya adalah sangat baik.

“Walaupun ada usaha dari pihak tertentu meletakkan calon proksi barangkali untuk menguji tetapi ternyata rakyat telah memilih permuafakatan dan perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Raja Bot hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Annuar berkata, dalam konteks Muafakat Nasional beliau mendapati, PRK berkenaan telahpun meninggalkan pengalaman manis kerana penyokong dari parti gabungan Pas memberi sokongan padu kepada calon BN yang bertanding pada berkenaan.

Katanya, PRK tersebut telah memberikan satu contoh sebelum ia dapat diadaptasikan pada pilihan raya umum yang sebenar.

BN mengekalkan kerusi DUN Chini menerusi kemenangan calonnya, Mohd Sharim Md Zain, 41 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 12,650 undi.

Mohd Sharim menewaskan dua calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

Mohd Shukri cuma memperoleh 137 sementara Zainul Hisham pula memperoleh 1,222 undi.

PRK Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Pada PRU-14, beliau yang juga calon BN memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

PRK Chini adalah pilihan raya pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik Covid-19. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Proxy parti serpihan Bersatu yang berlogo hitam, tajaan Atok nampaknya tak laku dan hilang wang pertaruhan!

    Syabas MN, teruskan kerjasama kukuh!

  2. Universal Man 5 July 2020 at 12:51

    Thank God, PH is losing grip on the Malaysian politics. The people have realized that PH cannot be trusted. Politicians in PH are a bunch of liars and conspirators. PH is not interested in helping people. It is only interested in taking revenge on DSN and UMNO. PH cannot blame DSN, UMNO, PAS or even TSM for losing power. PH has defeated itself. Mahathir made the biggest mistake and miscalculation in his entire political career. His greed for power has sunken Mahathir and the rest of PH into the bottom of the ocean. They went down like the Titanic. God is great. Eventually He has shown who is great. Man has his own plan and God too has His plan. At the end, God’s plan prevails against all evil plans of man. That’s what happened to PH. Hope a bigger defeat awaits PH in the coming GE-15. May God bless MN and PN. May God save Malaysia and its beautiful people from evil leaders of PH, ameen!

Comments are closed.