Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus memberi fokus kepada isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang tertekan dalam menghadapi bebanan hidup pasca Covid-19 pada Sidang Dewan Rakyat yang bermula 13 Julai ini.

Oleh itu, semua Menteri dan Timbalan Menteri BN diminta mengambil tindakan menerusi kementerian masing-masing dalam usaha memulihkan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan terutama golongan yang terkesan dengan wabak tersebut, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarnya, beliau berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus diganggu-gugat oleh pembangkang.

Ini kerana, UMNO sedar terdapat usaha giat dijalankan untuk menggugat kedudukan Perdana Menteri oleh pihak-pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan.

Justeru, UMNO tidak seharusnya diheret sama dalam polemik perbahasan mengenai calon Perdana Menteri.

Ini kerana, tegas beliau, tumpuan harus diberikan kepada usaha menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast