Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah semasa sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 06 JULAI 2020

PUTRAJAYA – Lebih banyak kajian dan penyelidikan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengenalpasti sifat varian terbaharu virus Covid-19.

Ia dikenali G614 yang dilaporkan telah merebak dari Eropah ke Amerika Selatan.

Kajian dibuat menerusi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, IMR telah diberi arahan untuk memulakan segera penyelidikan mengenalpasti sifat virus terbaharu itu.

“Jadi kita perlu melakukan lebih banyak kajian sama ada mutasi-mutasi yang berlaku akan menjadikan virus itu super spreader (mereka dengan meluas). Sifat mutasi ini telah dikesan ataupun dimaklumkan menerusi beberapa kajian.

“Dalam KKM kita telah arahkan IMR menjalankan kajian-kajian tersebut supaya kita dapat maklumat yang terkini mengenai sifat-sifat virus tersebut dan ini satu peluang untuk kita untuk mengenali virus itu.

“Kalau kita dapat kenali sifat dan mutasi virus baharu ini maka kita boleh cipta vaksin dalam rawatan virus berkenaan…dalam tempoh singkat enam bulan ini kita pun banyak membelajari banyak sifat-sifat virus Covid-19 tersebut dan kaedah-kaedah ini akan digunapakai untuk menjalankan penyelidikan vaksin dan rawatan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian keitka diminta mengulas mengenai kajian santifik terbaharu sebuah institut di California yang menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus Covid-19 iaitu G164 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.

Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti, kata pasukan penyelidik dari Innstitut Imunologi La Jolla dan Konsortium Inmunoterapi Koronavirus di California.

Tambah Noor Hisham, berbanding koronavirus lain, KKM mendapati Covid-19 cepat dan mudah merebak dan sepanjang enam bulan lepas ia sudah menjangkiti lebih 10 juta orang atau pesakit di seluruh dunia.

“Memang kalau kita melakukan kajian, telah dilaporkan kemungkinan ada mutasi atau perubahan pada G614 iaitu kod genetik virus tersebut.

“Jadi besar kemungkinan kalau ada perubahan ini virus tersebut akan merebak dengan lebih cepat lagi tetapi kadar kematian sekarang ini walaupun kurang tetapi jika melibatkan mereka yang berisiko tinggi, maka kadar kematian semakin meningkat dan ini satu sifat virus hasil kajian yang perlu diambil serius dan diperhalusi lagi menerusi beberapa kajian lagi,” tegasnya.-MalaysiaGazet