Gelagat murid sewaktu rehat pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tadika berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan bersetuju meluluskan pemberian geran secara sekali beri (one-off) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) bagi meringan beban pengusaha tadika swasta.

Menerusi inisiatif ini, pengusaha tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerima geran secara one-off sebanyak RM5,000.00.

Di samping itu, pengusaha tadika yang tidak berdaftar dengan KPM akan menerima geran one-off sebanyak RM3,000.00 sekiranya pendaftaran tadika mereka dibuat sebelum 31 Oktober 2020.

“KPM yakin geran yang disediakan oleh kerajaan akan dapat membantu pengusaha tadika swasta meneruskan agenda pendidikan prasekolah serta menggalakkan tadika swasta yang belum berdaftar untuk berdaftar dengan KPM sebelum 31 Oktober 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

KPM telah membenarkan pembukaan tadika swatsa bermula 1 Julai lalu. – MalaysiaGazette