Harvey Neville (kiri) bersama bapanya, Phil.

LONDON – Peminat fanatik Manchester United pasti mengenali dua bekas pemain pertahanan kelab itu iaitu Gary Neville dan Phil Neville.

Selepas 26 tahun mereka berkelana di United, pewaris Neville kembali menyambung legasi di Old Trafford apabila Harvey Neville telah menandatangani kontrak profesional bersama Red Devils.

Harvey adalah anak bekas pemain pertahanan United, Phil yang menandatangani kontrak pertamanya pada tahun 1994.

Bapa saudaranya, Gary, adalah sebahagian daripada kumpulan pemain ‘Class of’ 92 ‘yang berjaya mencoretkan sejarah paling berjaya di kelab.

Harvey yang berusia 18 tahun kini mahu mengukir namanya sendiri di United selepas mula bermain di kelab sebagai pemain kanak-kanak sebelum berlatih untuk jangka pendek di Manchester City dan Valencia.

Dia telah kembali ke United pada tahun 2018 dan menampilkan aksi mengagumkan di peringkat bawah 18 tahun di akademi United.

Seperti Gary dan Phil, Neville turut beraksi di posisi bek kanan namun dia telah telah membuat keputusan untuk menyarung jersi skuad belia Republik Ireland dan bukannya England.

Harvey kini akan memiliki peluang untuk menarik perhatian pelatih akademi United musim depan dan berharap dapat melangkah ke skuad bawah 23 United.

United pula membuat keputusan untuk tidak melepaskan pemain bawah 18 tahun musim ini kerana ketidakpastian di pasaran perpindahan yang disebabkan oleh wabak coronavirus. – MalaysiaGazette