Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Aminuddin Yahaya melahirkan rasa hairan apabila beliau dilabel perkauman apabila menegur MCA supaya tidak merebut kerusi majoriti Melayu daripada UMNO.

Beliau hanya menasihati agar MCA fokus merebut kerusi-kerusi milik DAP yang mempunyai lebih 40 kerusi Parlimen dan lebih 100 lagi kerusi DUN.

“Mengapa MCA marah pula? Apakah MCA tidak sanggup merampas kerusi-kerusi yang terlalu banyak ini daripada DAP atau MCA sebenarnya tamakkan kerusi sahaja?

“Walaupun menjadi lubuk kehilangan kerusi BN dalam PRU-14, jawatan menteri masih dapat, jawatan GLC masih dapat, jawatan senator masih dapat. Itu pun masih tidak cukup ya?” solanya dalam hantaran terbaru di Facebooknya, hari ini.

Aminuddin juga mencadangkan MCA membersihkan imejnya yang dikatakan seolah-olah bersepakat memberikan laluan kepada DAP.

“Sebaliknya merebut kawasan majoriti Melayu dengan mengharapkan ihsan pengundi Melayu yang setia pada ‘lambang dacing’. Apakah itu juga MCA perlu marah?” soalnya.

Aminuddin juga menegaskan, apa salahnya beliau bercakap soal kepentingan Melayu sedangkan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok juga berbuat perkara sama.

“Lagipun, Lau yang merupakan Jawatankuasa Pusat MCA ini sendiri telah mengeluarkan kenyataan di media bahawa pengundi Cina sudah menolak DAP.

“Mengapakah beliau boleh bercakap mengenai bangsanya, tetapi saya tidak boleh bercakap mengenai bangsa saya?

“Apa-apa pun, melihat kepada respon netizen terhadap kenyataan balas beliau ini juga rata-ratanya adalah negatif.

“Rata-ratanya mengharapkan agar MCA dapat merebut kembali kerusi yang dimenangi oleh DAP pada PRU-15 nanti,” katanya.

Aminuddin juga mengingatkan pemimpin MCA itu agar jangan terlalu angkuh dengan rakyat dan tidak melabel mana-mana pihak sebagai perkauman apabila bercakap soal kaum sendiri.

“Saya ulangi gesaan saya agar MCA berubah menjadi sebuah parti Cina yang sederhana bagi membentuk masyarakat Cina. Janganlah ikut rentak DAP seperti apa yang kalian lakukan sekarang. Kerana lambat laun, orang Melayu boleh hilang sabar.

“Sekarang ini saya kira masih ada lagi sedikit kesabaran dan kepercayaan daripada masyarakat Melayu kepada anda. Jadi, jangan anda persiakan.

“Kepada pemimpin-pemimpin parti politik Melayu, dengarlah permintaan rakyat marhaen yang tidak mahu lagi kerusi-kerusi majoriti Melayu dipertaruhkan atas nama tawar-menawar politik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. yes betul tu… saya sokong teramat sangat no more malay majority area to be given to non malay…

  2. Senang je nk tgok kaum mna yg racist..PRU nti tmpat majoriti cina letak calon melayu…klau tmpat majoriti melayu dh terbukti..cina ttap menang…apa maknanya tu??so klau cina MCA rasa dia ckup handal.dn bagus, bertanding tempat kaum cina ramai lah….xperlu bagi muka lagi…cukup2 lah tu wahai pemimpin2 melayu sekalian….melayu dh ckup bertimbang rasa dh dgn kaum cina selama ni…

  3. Sekarang bukan masanya lagi kerusi tradisi majoriti Melayu diberikan kepada MCA ataupun MIC. Cukuplah sebelum ini kepada mereka. Zaman dah berlalu dan lepas ini jangan sesekali diulangi lagi. Kerana terlampau lembut dan baik sesangat semuanya diberikan.Apabila diberi mengaku pula kerusi tradisi mereka. Inilah akibat daripada terlalu pentingkan berpolitik sesangat. Terlampau pemurah semua diberikan jadi apa ada yang tinggal lagi. Tarik dan ambil balik semula. Mereka semua dah bersatu, kita masih lagi nak bercakaran berpecahbelah…..!

  4. Kita ikut keturunan majoriti pengundi di kwsn DUN or P le. Fight for your survival le

  5. Aku yg memang rasis nk ckp satu jer kepada PN, kalau sayang negara dn mahukan undi kami yg rasis ni, maka TOLONGLAH LG SEKALI TOLONGLAH LETAKKAN CALON MELAYU DIKWSN MAJORITI MELAYU, kalau letakkan calon KIASU kami yg rasis ini BERSUMPAH ats nama bangsa dan agama xkn mengundi, cubalah kalau ngt dh x perlukan undi kami yg RASIS ni, nk ngtkan je, CUKUP2LAH MENGALAH, dh sampai masanya kita buktikan siapakah MELAYU DITANAH MELAYU TERCITA INI.

  6. Kerusi MCA dan MIC yang dimenangi oleh DAP tulah yang perlu dipertarungkan. Inilah baru betul dan cubalah bertarung balik lagi semula bukannya di kerusi tradisi Melayu nak direbutkan. Sekarang ini dah menjadi dilemma pula bagi kerusi Melayu sesama Melayu. Inilah sebabnya kerusi majoriti tradisi Melayu wajib diambil balik semula. Muga2 diperbetulkan kembali seperti asal.

  7. Parlimen dgn majoriti Melayu utk parti dan wakil rakyat Melayu. Ada 187 kerusi majoriti Melayu. Hanya perlu dibahagikan antara UMNO, PAS dan PPBM. Selebihnya dibahagi2 Kan kpd parti dan wakil rakyat bukan Melayu.
    Sama ada suka atau tak ini yg org Melayu ingin Kan
    Pemimpin2 Melayu jgn tersilap langkah.
    Jika tidak kami sendiri akan hukum kamu.

  8. Betul tu dah terlalu bangsa melayu bertolak angsur dgn bangsa pendatang….kali ini dah tak ada bertolak angsur lagi…cukup2 le tu…marilah kita bersatu wahai bangsa melayu ku

  9. Ya betul tu…..mca sepatut nya rampas kembali kerusi2 yang telah jatuh kepada dap . Bukan berebut2 kerusi kawasan melayu… pru15 nanti , mca mesti letak calun yg dimenangi dap pada pru14

Comments are closed.