Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kemampuan AirAsia Group Bhd. untuk terus bertahan diragui disebabkan impak Covid-19.

Menurut Ernst & Young dalam satu kenyataannya kepada Bursa Malaysia, liabiliti semasa syarikat penerbangan tambang murah itu melebihi aset sebanyak RM1.84 bilion setakat akhir tahun 2019, iaitu pada tahun ia merekodkan kerugian bersih sebanyak RM283 juta.

Kedudukan kewangan dan aliran tunai syarikat tersebut terus goyah disebabkan oleh sekatan perjalanan bagi membendung penularan virus Covid-19.

Penyusutan perjalanan udara serta prestasi kewangan syarikat menunjukkan “ketidaktentuan yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kemampuan Kumpulan dan Syarikat AirAsia untuk terus bertahan,” katanya.- Agensi

 

1 Komen

  1. Masa inilah nak tengok kemampuan Chairperson AirAsia, resilient atau tidak?

    Nasib baiklah punyai kerajaan yang berjiwa rakyat, yang sedikit sebanyak mahu membantu supaya pekerja2 bawahan syarikat swasta ini?

Comments are closed.