LONDON – Arsenal gagal mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri apabila sekadar terkat seri 1-1 dengan Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Dalam aksi di Stadium Emirates, the Gunners mendahului Leicester di babak pertama seawal minit ke-21 menerusi gol jaringan gol Alexandre Lacazette.

Dengan perlawanan berbaki 15 minit lagi, the Gunners terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Eddie Nketiah yang diturunkan sebagai pemain gantian mengkasari pemain James Justin sebelum dilayangkan kad merah dan dibuang padang.

Peluang itu telah digunakan sebaik-baiknya oleh Leicester the Foxes untuk merobek gawang pertahanan the Gunners sebelum Jamie Vardy berjaya membantu Leicester City mengikat kedudukan seri menerusi gol pada minit ke-84 sekaligus mencerahkan peluang untuk kempen Liga Juara-juara Eropah musim depan.

Arsenal kendalian Mikel Arteta terpaksa berputih mata dengan satu mata.

Lacazette berpeluang menambah jaringan pada separuh masa pertama bagaimanapun penjaga gol Leicester Kasper Schmeichel terus menafikan kesemua ancaman itu.

Ia mengakibatkan Arsenal terus buntu dalam mencari gol kemenangan sebelum akur dengan keputusan seri.-MalaysiaGazette