TERKINI : Wartawan Al-Jazeera Akan Dipanggil Beri Keterangan – Ketua Polis Negara

‘Kita akan panggil pihak Al-Jazeera dan wartawan’.

Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Ini kerana kertas siasatan telah dibuka disebabkan polis telah menerima beberapa laporan polis berhubung isu berkenaan.