Mohd Youzaimi Yusof

KUALA LUMPUR – Datuk Abd. Latiff Ahmad pernah menyatakan kepada kepimpinan dan akar umbi UMNO Bahagian Mersing akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen sekiranya beliau melompat parti.

Kata-kata itu diucapkan dalam satu program bersama ahli parti di Felda Tenggaroh 3 kira-kira dua tahun lalu dan masih segar dalam ingatan kepimpinan UMNO di bahagian berkenaan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian itu, Mohd Youzaimi Yusof, sehingga kini, setelah Abd. Latiff Ahmad melompat dari UMNO ke Parti Bersatu pada Januari 2019, beliau masih tidak mengotakan janjinya.

Sebaliknya, selepas berada dalam parti lain, beliau lantang mengkritik dan menghina UMNO, yang menjulang dirinya sebagai wakil rakyat sejak tahun 1995.

Kata Mohd Youzaimi, kepimpinan dan akar umbi UMNO Bahagian Mersing sedih serta kecewa dengan penghinaan Abd. Latiff selepas diberi jawatan menteri oleh Perdana Menteri Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya bersama kepimpinan dan akar umbi UMNO Bahagian ini tidak menyangka orang yang selama ini banyak mengajar kami mengenai politik telah terpesong dari landasan sebenar.

“Malah, kenyataannya yang menghina UMNO Sabah bukan yang pertama. Sebelum ini beliau pernah menghina UMNO dengan mengajuk petikan dialog Pendekar Bujang Lapuk dengan memetik kata, “Alif Mim Nun Tendang Wau adalah Sarkas” dalam ucapannya di Felda Tenggaroh 05.

“Beliau perlu ingat, Parlimen Mersing adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan memberi kemenangan kepadanya untuk kerusi itu selama lima penggal berturut-turut sejak tahun 1999,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

Mohd Youzaimi mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar itu yang mendakwa, UMNO Sabah sudah tidak laku lagi kerana ramai ahlinya telah menyertai parti Bersatu.

Dalam rakaman video yang viral itu, Dr. Abd. Latiff dilaporkan berkata; “Saya orang yang melompat, teruk juga saya kena kutuk. Biasa la tu, kalau tak nak (lompat), tak payah masuk politik.

Dia juga berkata: “Orang Sabah, dia tak panggil lompat, dia kata hijrah, biasa. Daripada Berjaya pergi ke USNO, Berjaya pergi PBS, PBS pergi UMNO.

“Sekarang ini UMNO dah tak laku la. I mean parti la, UMNO di Sabah lah. Itu realitinya kerana orang sudah tidak yakin. Semua orang dia dah lompat, dia hijrah ke Bersatu,” petik kata Dr. Abd. Latiff.

Untuk rekod, Dr. Abd. Latiff bersama tujuh yang lain dari UMNO melompat parti menyertai Bersatu pada Januari 2019.

Menurut Mohd Youzaimi, UMNO sememangnya bukan parti boleh dijual beli, tetapi Ahli-ahli Parlimen seperti Dr. Abd. Latiff yang mudah ke sana ke sini untuk mencari kepentingan diri sendiri.

Sedangkan, ketika dalam UMNO, beliau sering mengingatkan kepada kepimpinan dan ahli termasuk dirinya, bahawa mereka wajib setia dan wala kepada parti keramat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Eleh buat kenyataan camtu dah tepekik terlolong. Apa rosaknya pada UMNO berbanding 4-5 pemimpin yg lain yg buat onar lebih besar dpd itu sehinggakan terlingkup sebuah kerajaan, ada kau org peduli…???

    Makin menagongkan mereka tu ada ler….

  2. Resam katak memang macam tu. Lompat katak lompat kwang kwang kwang panggil hujan tapi hujan rak turun. YB abd latif nanti akan beratnding PRU menggunakan lambang katak.

  3. Sifat Orang Munafik
    Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.

    Huraian Hadith :
    Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu, Umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
    Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah.

    Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

    Dari sumber web rasmi JAKIM, mudah je!!!

  4. Ambil balik kerusi Mersing..mesti ditandingi oleh UMNO pada PRU akan datang..jika bukan UMNO, pi mati lah nak undi org lain..apatah lg kalau buh si Latif bangang tu..

Comments are closed.