Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR- Twitter rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dihujani kritikan warganet apabila mengeluarkan kenyataan mengenai hos program Bernama TV, Harleena Pahlavy telah diambil tindakan oleh agensi berita tersebut.

Harleena ketika menjadi hos sebuah program bual bicara pada Isnin lalu membuat kenyataan Al Jazeera patut dinamakan semula sebagai Al-Jahiliyah susulan penerbitan dokumentari yang memfitnah kerajaan.

“Jahiliah dalam Bahasa Arab bermakna ketidaktahuan (kebodohan), bersikap bodoh atau tidak peduli.

“Menghina apanya? Beliau hanya menyatakan fakta bahawa Al Jazeera bersikap bodoh dan tidak peduli,” kata seorang pengguna Twitter Aziz Talib.

Malah perkara yang sama turut disuarakan oleh ramai pengguna Twitter yang lain termasuk Zaiful Zazli yang mengatakan perkataan tersebut adalah tidak salah kerana ia merupakan perkataan yang tepat untuk seseorang yang tidak peduli (ignorant).”

“Rakyat tengah marah dengan Al Jazeera dan inikah balasan kita kepada dia kerana bersikap patriotik? Cuba periksa maksud “Al Jahiliah” itu dulu,” kata Huzir Sulaiman sambil menyatakan sokongan terbuka kepada Herleena.

Menurut Saifuddin ketika membalas beberapa ciapan pengunjung di laman Twitternya, beliau telah mengkritik video dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, beliau tetap tidak bersetuju dengan tindakan Harleena menggelarkan Al Jazeera sebagai Al-Jahilliyah.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Raja Mendeliar Al Kutty dan Al Juburi ….sama aje…..bapak segala rasuah

Comments are closed.