TERKINI : Tambahan 27 Set Tren Untuk Kegunaan LRT – Tajuddin Rahman

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menambah 27 set tren untuk kegunaan LRT Laluan Kelana Jaya sebagai langkah menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan.

Pengerusinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata dengan penambahan tren empat gerabak ini kekerapan masa akan dapat dikurangkan dengan jangkaan 2 minit setiap trip dalam suatu masa memandangkan laluan Kelana Jaya menerima ramai penumpang setiap hari.